Habis Sudah Air Mata Saya, Jangan Ganggu Hidup Kami Lagi, Rayu Azri Iskandar

encik gotenks
0

"Habis sudah air mata saya. Jadi jangan ganggu hidup kami lagi."


Demikian kata pelakon Azri Iskandar ketika ditanya mengenai tindakan saman yang mahu diambil terhadap seorang wanita yang mahu dikenali sebagai F selepas membuat pendedahan kepada sebuah portal berita yang mendakwa dijanji bernikah dan sudah berjumpa keluarga pelakon itu di kampung.


Azri, 54, berkata, dia juga sudah tidak mahu lagi bercakap berkenaan wanita F itu selepas beberapa siri kenyataan dibuat kepada pihak media.



"Saya dah tak tahu nak marah, sebab saya punya marah dan carutan sudah dilepaskan kepada portal berita dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jadi cukup! Saya takkan cakap apa-apa lagi berkenaan wanita F.


"Air mata saya pun dah habis. Lepas ni air mata saya untuk Dr Azra Diera, 43 saja. Air mata Azra pun untuk saya, bukan untuk perempuan itu," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya mengenai keadaan ibu kekasihnya yang jatuh pengsan hingga dimasukkan ke hospital, Azri juga bekas suami pelakon Ellie Suriaty berkata dia masih berada dalam wad.


"Mak Azra masih dalam wad, tapi alhamdulillah dia okay. Tekanan darah menjadi tak stabil sebab dia terkejut selepas menonton video perempuan itu. Dia bukan orang muda, mak dan ayah Azra sudah berusia lebih 70 tahun.


"Kami pun jadi 'saakit' disebabkan masalah ini. Mak tu saakit, akibat kejadian ni dia di hospital," katanya.

Dalam masa sama, Azri mengakui kesal jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati dirinya apatah lagi selepas 34 tahun terbabit dalam bidang lakonan.


"Saya sudah berusia 54 tahun. Saya masuk bidang ini ketika usia 20 tahun pada 1988. Sudah 34 tahun saya bergelumang dengan dunia seni dan sepak terajang dunia lakon. Saya masuk semua bidang lakon iaitu filem, drama, pentas, malah drama radio pun saya buat. Jadi, saya tak suka orang tak hormat saya. Saya buat kerja seikhlas boleh.


"Dulu lagi dah cakap, ini dakwah saya sebagai pelakon. Saya bukan ustaz nak duduk masjid macam kawan lain, saya tak buat macam tu. Saya berdakwah hanya kerana Allah SWT dengan cara tersendiri dalam lakonan. Kalau watak saya jahat, jangan ikut watak itu. Kalau apa saya buat watak baik tu, contohilah kalau mampu. Sebb itu lah cara paling sempurna saya buat dengan lakonkan apa yang penulis skrip ilhamkan.


"Untuk wartawan saya hargai anda, siapa saya kalau anda tiada. Junior dan senior wartawan yang sudah tiada pun semua saya kenang dan ada dalam memori saya sampai saya meninggal dunia," katanya.


Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top