Ellie Suryati Bimbang Azri Iskandar Kena ‘Catfish’, Minta Dr Azra Muncul Dedahkan Siapa Dirinya

encik gotenks
0

Seperti yang kita sedia maklum, pasangan pelakon terkenal Ellie Suriaty dan suaminya Azri Iskandar sudah mengesahkan hubungan mereka sudah berakhir apabila mengambil keputusan untuk bercerai baru-baru ini.

Memetik laporan dari mStar Online, Ellie telah mencabar kekasih bekas suaminya bernama Dr Azra munculkan diri selepas meragui tentang kewujudan wanita itu.

Tambahnya lagi, dia tidak menghalang bekas suaminya berkahwin lagi namun bimbang jika ia adalah love scam.

“Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.

"Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya? "

Adakah dia scammer atau peminat? Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok," katanya kepada mStar.

Azri, 54, mendedahkan dia bakal berkahwin dengan Azra dan perkenalan mereka bermula selepas 12 hari berpisah dengan Ellie pada 17 Mei lalu.

Dalam masa sama muncul pula wanita yang mahu dikenali dengan gelaran F mendakwa Azri pernah mengajak dia berkahwin.

Simpati dengan nasib yang menimpa Azri, Ellie berharap mana-mana wanita yang mahu berkahwin dengan bekas suaminya itu supaya bersikap jujur.

"Selepas berpisah saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula saya ucapkan selamat untuknya. Cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia.

"Saya tidak boleh benci Azri sebab kami hidup bersama sudah lama," ujarnya.

Ellie ditemui ketika majlis tayangan filem berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.

Sumber artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top