Dr. Azra benar-benar wujud, Azri Iskandar panggil kekasihnya itu 'baby'

encik gotenks
0

Panggilan telefon antara pelakon, Azri Iskandar dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Azra disifatkan sebagai 'sweet' oleh netizen apabila potongan video dari program Melodi itu dikongsikan di TikTok.

Dalam potongan video itu, Azri menjawab pertanyaan dan cuba membuktikan bahawa Azra adalah individu yang benar-benar wujud dan bukan palsu atau gimik semata-mata..

"Assalamualaikum, baby. 'Live' (secara langsung) ni tau, nak rakam. Boleh tak you cakap sekejap apa yang ditanya," kata Azri kepada Azra.

Azra yang pada awalnya menjawab panggilan Azri kemudiannya memaklumkan bahawa dia sedang menjalani penggambaran.

"I tengah shooting," katanya.

Azri kemudiannya meneruskan perbualan dengan Azra yang dipanggil dengan panggilan 'baby'.

"Abang ingat Azra masih 'break', 'lunch' (rehat makan tengah hari). Terima kasih, baby. Nanti abang cerita ya. Jaga diri. Sayang awak," katanya.

Terdahulu, Azri mendedahkan dia bakal berkahwin dengan Azra yang dikenalinya 12 hari selepas berpisah dengan bekas isteri yang juga pelakon, Ellie Suriaty pada 17 Mei lalu.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top