Demi keserasian, Hisyam Hamid suruh Scha Elinnea panngil 'b' di set penggambaran

encik gotenks
0

lakonan pelakon Hisyam Hamid dengan Scha Elinnea dalam drama siri popular berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan mendapat perhatian penonton.

Menurut Hisyam yang memainkan watak sebagai Farel, dia sendiri yang meminta Scha untuk memanggilnya dengan panggilan ‘baby’ atau ‘b’ ketika berada di set penggambaran.

Panggilan itu tidak digunakan di luar set, pelakon berusia 37 tahun itu menjelaskan ia bertujuan untuk mewujudkan keserasian mereka untuk membawa watak sebagai suami isteri.

"Saya sendiri yang suruh Scha panggil ‘b’ atau ‘baby’ ketika di set penggambaran. Sebab nak wujudkan keserasian, supaya bila penonton tengok, nampak natural panggilan itu.

"Tapi panggilan itu bukan la sebab i nak menggatal dengan dia. Kami memang rapat di set, dah selalu berkongsi masalah... tapi semua itu bertujuan untuk dapatkan keserasian.

"Lagipun isteri saya pun tahu perkara itu. Cuma bila di luar set, tak ada la Scha nak panggil saya dengan panggilan tersebut," kata Hisyam kepada mStar.

Drama lakonan Hisyam dan Scha turut dibintangi oleh Silfeny Osman, Wanns Ahmad, Datuk Jalaluddin Hassan serta ramai lagi.

Dalam pada itu, Hisyam turut menjelaskan mengenai babak-babak aksi mesra dengan Scha yang dianggap tidak keterlaluan.

"Sebagai pelakon, ada babak yang kita rasa okay, kita buat la. Tapi kalau babak yang keterlaluan itu sudah tentu saya tidak akan lakukan.

"Bergantung juga kepada pengarah yang mana babak sesuai atau tidak. Sebab saya tahu, babak mesra itu sensitif, mungkin ada penonton suka dan benci.

"Saya akan lakonkan babak ikut kesesuaian. Macam mana pun, tetap ada juga batasan, tak boleh keterlaluan," ujarnya.

Sumber artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top