Bukan wang ringgit jadi ukuran, wanita cantik ini tidak mahu hidup bermadu, tolak tawaran RM600,000 sebulan

encik gotenks
0

Baru-baru ini kecoh di media sosial, apabila selebriti cantik dari Indonesia iaitu Celine Evangelista yang pernah menolak tawaran seorang lelaki kaya yang mahu menjadikannya isteri serta hidup bermadu.

Menurut Celine, lelaki tersebut turut menawarkan wang sara hidup sebanyak Rp 2 Miliar sebulan bersamaan RM600,000. Berkongsi cerita itu dalam satu temu bual di satu saluran YouTube, lelaki itu juga turut memintanya meninggal dunia seni jika berkahwin dengannya.

“Saya ditawarkan untuk berkahwin dan menjadi isteri kesekian-sekian, kalau dalam agama Islam tidak mengapa. Tetapi saya tak boleh bekerja lagi.

“Setiap bulan saya akan diberi Rp 2 Miliar untuk kegunaan di luar keperluan saya termaksuklah kenderaan,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon sinetron popular itu berkata wang bukan segala-galanya kerana cinta juga perlu ada dalam sesebuah perhuubungan.

Kata ibu tunggal kepada tiga cahaya mata lagi, dia menolak tawaran tersebut kerana tiada rasa cinta pada lelaki itu dan mahu berkahwin dengan lelaki yang dicintai.

“Tidak saya tak mahu tawaran itu, lebih baik saya bekerja sahaja. Kerana tidak ada rasa cinta dengan orang itu. Kenapa saya makan duit begitu sahaja. Saya mahu mencari pasnagan yang saya cintai bukan kerana statusnya ataupun apa yang dia boleh berikan kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon kacukan Itali dan Indonesia itu berkata jika dia mahu hidupnya ditanggung dari dulu lagi dia menjadi perempuan simpanan dan tidak perlu susah payah bekerja.

Terdahulu, Celine pernah berkahwin dengan penyanyi Dearly Dave Sompie pada 2012 namun bercerai setahun kemudian. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata dimana salah seorangnya adalah anak angkat.

Pada 2016, Celine berkahwin dengan pelakon Stefan William dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Namun mereka bercerai pada tahun lalu.

Sumber artikel : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top