Sayang isteri punya pasal, suami sanggup redah 440km sebab isteri mahu makan nasi ayam

encik gotenks
0

 


Demi cinta dan kasihnya pada isteri, seorang lelaki sanggup menempuh perjalanan sejauh 440 kilometer (km) dari Alor Setar, Kedah ke Shah Alam, Selangor demi menunaikan permintaan isteri yang mahu makan nasi ayam.


Menerusi perkongsian Nabilothmancwl di media sosial, dia tidak sampai hati untuk menolak permintaan berkenaan biarpun lokasinya sangat jauh.



Katanya, wanita yang dikasihinya itu teringin makan nasi ayam di sebuah kedai yang berhampiran dengan tempat belajarnya meskipun kini mereka menetap di Kedah.


Menurutnya, rasa hidangan itu masih sama, saling tak tumpah sewaktu zaman belajar dahulu.


Tindakan lelaki itu turut dipuji oleh rata-rata netizen di media sosial.


“Terbaik, ustaz kata nak murah rezeki kena bahagiakan isteri,” komen seorang pengguna.



“Alhamdulillah terbaik. Semoga bahagia hingga ke jannah,” tulis seorang lagi pengguna.


“Bahagia tengok isteri dia senyum sampai ke telinga,” tambah seorang pengguna. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top