Hasil berkurang dan kos baja meningkat, harga durian dijangka naik sekali ganda, kata Timbalan Menteri

encik gotenks
0

 


Harga jualan durian pada musim kali ini dijangka meningkat sekali ganda disebabkan hasil berkurangan berbanding tahun sebelum ini, namun permintaan tinggi.


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, penggemar durian di negara ini perlu bersedia dengan kemungkinan kenaikan yang tidak dapat dielakkan kerana beberapa faktor termasuk cuaca hujan berpanjangan hingga memberi impak kepada pengeluaran durian.


Menurutnya, kenaikan seperti dari RM30 hingga RM40 sekilogram bagi durian musang king kepada RM60 hingga RM80 sekilogram itu juga disebabkan kos baja yang meningkat selain masalah kekurangan pekerja di ladang.



Katanya, berdasarkan maklum balas persatuan penanaman durian telah memberi bayangan mengenai kenaikan tersebut terutama durian popular seperti musang king dan duri hitam.


"Persatuan memaklumkan akan menaikkan harga durian, tetapi kita tidak tahu berapa. Ada juga negeri yang melaporkan lebih 50 peratus kekurangan durian disebabkan cuaca.


"Jadi ia memberi kesan kepada pembungaan dan pendebungaan kerana apabila hujan lebat bunga akan gugur, sebab itu jangkakan pengeluaran berkurangan," katanya.



Ahmad berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Jasin dan MAFI di Umbai di sini pada Sabtu.


Hadir sama, Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Zainal Abidin Yang Razali.

Sumber : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top