Tiada unsur mencurigakan didapati dalam projek jeti kayu , kata SPRM

encik gotenks
0

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang unsur rasuuah dalam projek pembinaan jeti kayu bernilai RM50,000 di Kampung Mutap di Miri.


Menurut sumber, ibu pejabat SPRM sudah mengarahkan SPRM Sarawak untuk meneliti projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri itu, susulan dakwaan kos yang mahal seperti dibangkitkan orang ramai.



"Hasil pemeriksaan dan semakan yang dibuat tidak menunjukkan ada rasuuah atau penyelewengan dalam projek berkenaan.


"Hasil penelitian pakar, kayu yang digunakan memang benar adalah kayu belian," katanya.


JKR Sarawak baru-baru ini menerima kritikan netizen selepas memuat naik beberapa gambar di media sosial menunjukkan penyerahan jeti kayu baharu di Kampung Mutap, yang dibina dengan kos RM50,000.



Ramai yang menyuarakan keraguan terhadap mutu jeti itu dan ada yang mempersoal peruntukan RM50,000 yang dikeluarkan kerajaan untuk apa yang dilihat sebagai struktur kayu yang cukup ringkas.


Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top