Saya bersyukur dan lega apabila tragedi basikal lajak sudah berakhir, kata ibu mangsa

encik gotenks
0

 


Keluarga mangsa tragedi berdarah basikal lajak yang meng0rbankan lapan remaja lima tahun lalu, lega apabila kes berkenaan akhirnya menemui noktah selepas menanti sekian lama.


Walaupun masih tidak dapat melupakan tragedi yang menyebabkan kesan trauma berpanjangan kepada keluarga, namun mereka reda dengan ketentuan takdir tuhan


Ibu seorang daripada mangsa terk0rban, Sabariah Yusof, 54, berkata, kesan trauma kehilangan anak kelapannya, Mohamad Azhar Amir, 16, masih tidak dapat dilupakan sehingga hari ini.


Katanya, dia sedih dan kecewa apabila masyarakat memandang serong pada mangsa terk0rban dan keluarga terbabit sedangkan mereka mendeerita dan trauma sejak kejadian itu.


"Saya sebenarnya tidak tahu pun keputusan kes itu hari ini, namun saya bersyukur dan lega apabila ia sudah berakhir.



"Trauma kehilangan anak disayangi masih belum dapat saya lupakan apatah lagi Allahyarham amat manja dan rapat dengan saya. Selama tiga tahun saya kerap terjaga dari tidur dan mencari Allahyarham, sebelum menyedari dia sudah meninggalkan saya malah katil arwah di ruang tamu ini juga masih tidak diubah dan dijaga rapi.


"Allahyarham anak yang baik yang menjaga dan menggembirakan saya, malah setiap malam membantu mencari pendapatan tambahan dengan menjual puding yang saya dimasak di sekitar kawasan rumah.


"Saya terima apa jua keputusan mahkamah hari ini dan mahu melupakan episod sedih dalam hidup saya ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Senibong, di sini, hari ini.


Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kemaatian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.


Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan.


Responden, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan penjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.


Dalam tragedi berdaarah yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017, lapan remaja menaiki basikal lajak terk0rban dengan empat paarah manakala empat lagi turut tercedeera dirempuuh kereta suuspek.


Ditanya sama ada memaafkan tertuduh kes berkenaan, Sabariah hanya tersenyum sambil mengesat air matanya.


"Saya tidak tahu bagaimana nak terangkan perasaan ini namun saya reda atas apa yang berlaku," katanya.


Dalam pada itu, seorang maangsa tragedi itu iaitu Muhamad Arif Salman, 20, maangsa yang cedeera parah namun berjaya diselamatkan, mengalami kesan emosi berpanjangan sehingga kini.


Bapanya, Salman Ahmed, 56, berkata anaknya yang mengalami gegaran otak selain menerima puluhan jahitan di kepala dan anggota badannya, tidak mahu lagi apa-apa perkara mengenai tragedi itu mahu pun perkataan basikal diucapkan di hadapannya.




"Pada tiga bulan pertama selepas kejadian, anak saya yang berusia 16 tahun sering memanggil nama tiga rakan baiknya yang terk0rban dalam kejadian itu.


"Kami hanya berani memaklumkan rakannya itu sudah meninggal dunia selepas setahun tragedi itu berlalu. Selepas itu anak saya berubah dengan emosinya tidak stabil kesan trauma kejadian itu.


"Jadi sehingga hari ini kami sekeluarga tidak pernah membangkitkan lagi isu mengenai tragedi itu atau bercakap mengenai topik membabitkan basikal kerana ia sangat sensitif buat anak bongsu kami, " katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top