Satu dalam sejuta, bapa muda ini dipuji netizen sebab tak geli sedut hingus anak

encik gotenks
0

 


Bila anak-anak tidak sihat, ibu bapalah insan yang paling tak senang duduk dan ada yang sanggup tak tidur malam demi memastikan anak kesayangan sembuh.


Penyakiit yang biasa kena pada anak adalah demam selsema, pasti ramai ibu bapa yang susah hati bila melihat anak yang tidak selesa disebabkan hidungnya tersumbat.


Betul kita sekarang hidup di zaman yang serba canggih dan bidang perubatan pun sudah banyak berkembang. Namun masih ada ibubapa yang sukakan cara tradisional iaitu dengan menyedut hingus dari hidung anak.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh @zatishahril memaparkan suaminya sedang memangku anak mereka yang kurang sihat.


Video ini nampak biasa je kalau ibu yang membuatnya namun kali ini ianya menarik perhatian netizen sehingga viral kerana tindakan si ayah yang tiada rasa geli menyedut hingus anaknya sendiri.


Si anak kelihatan pada awalnya cuba menolak percubaan si ayah untuk menyedut hingusnya namun si ayah tetap tenang mengawal situasi dan akhirnya berjaya menyedut keluar hingus tersebut.


Mungkin perbuatan ini dianggap agak menggelikan bagi sesetengah orang, namun demi kasih sayang kepada anak tersayang, ibu bapa sanggup buat apa saja, asalkan anak selesa dan sihat.





Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsikan pengalamn dan perkara ini sebenarnya biasa kerana seringkali dilakukan oleh ibu bapa kepada anaknya jika hidung tersumbat kerana selesema.



Sumber : TikTok Zati Shahril

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top