Ramadan bulan suci, bukan saja puasa perut.Patutnya pertuturan pun perlu jaga, tak perlu nak CACl MAKl saya dan perniagaan, kata Jovian Mandagie

encik gotenks
0

 


Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataannya berkenaan isu pelitup muka perlukan perakuan SIRIM.

Jovian menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya menjelaskan netizen telah tersalah anggap tentang maksud sebenar yang ingin di sampaikannya kepada umum.


Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka “hauk” tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yg saya maksudkan tu ialah pelitup muka “Jovian Mask Tiruan” yang berleluasa di pasaran.

“Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih dua tahun Jovian Mask tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami, monogram kami, gambar promosi kami, nama kami, dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna.

“Saya rasa sesuai lah saya gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan statement saya, tak ada niat nak guris hati anda,” jelasnya.

Berkenaan SIRIM pula, Jovian menegaskan tidak mempunyai sebarang kelebihan seperti yang didakwa netizen.

“Isu sirim, bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. Untuk pengetahuan semua, once the law imposed it will incur most cost to us as sellers?


“Dari mana pula saya akan untung lebih? And I can guarantee you all that my brand is not the first to have SIRIM stamp.

“Banyak brand di luar yang dah ada SIRIM stamp. Kita ni baru je nak apply,” jelasnya.

Tambah Jovian lagi, jenamanya yang dibina selama 15 tahun ini berkembang disebabkan reputasi dan kualiti barang yang bagus.


“Ramadan bulan suci ni, bukan saja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kut nak caci maki saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang perniagaan saya.

“Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain.

“Alhamdulillah, Jovian Mask berjaya berada dalam pasaran kerana sokongan semua Jovianista atas kualitinya yang memang bagus.

“Anti jerawat dan mudah bernafas tu tak boleh dinafikan. Jovian Mask kini dipasarkan oleh lebih 6000 pengedar,” tegasnya.


Dengan penjelasan tersebut, Jovian juga berharap tidak timbul lagi isu salah faham seperti yang berlaku sebelum ini.

“Saya harap isu ini habis di sini. Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu. Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat,” coretnya.


Sumber :Gempak

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top