Pemilik salon saman dua doktor RM2.7 juta selepas hidung cacat

encik gotenks
0

 


Pemilik salon menyaman dua doktor estatik dari sebuah klinik kesihatan terkenal sebanyak RM2.7 juta selepas mengalami kecaacatan di hidungnya.


Writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 28 Mac lalu difailkan Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak (HWAM) mewakili anak guam, Adam Hamil terhadap dua individu.


Adam berkata, dia pada asalnya membuat pembdahan bagi membetulkan hidungnya yang sedikit senget di mana doktor memberitahu 98 peratus hidungnya akan kembali sempurna.


Menurutnya, bagaimanapun selepas melakukan pembdahan pada 21 Mei tahun lalu dengan kos RM10,000, hidungnya menjadi cacat dan tidak seperti dijanjikan oleh doktor terbabit.



"Saya kemudian bertemu dan mereka memberi antibiotik sebelum menawarkan pembeedahan buat kali kedua secara percuma.


"Namun hidung saya bukan bertambah baik sebaliknya semakin teruk selepas melakukannya buat kali kedua pada 28 Jun tahun lalu," katanya pada sidang media di pejabat HWAM, di sini, hari ini.


Katanya, dia mengetahui kewujudan khidmat itu melalui selebriti yang membuat promosi berkaitan klinik terbabit.


Sementara itu, peguamnya, Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, penyataan tuntutan itu secara jelas menuntut RM2.7 juta.



"Ia merangkumi ganti rugi khas berjumlah RM152,211.95; ganti rugi am berjumlah RM2.1 juta termasuk ganti rugi bagi kecuaian perubatan, trauma, kejutan dan tekanan perasaan, kehilangan reputasi dan keyakinan perniagaan.


"Ganti rugi teladan pula berjumlah RM500,000,." katanya.


Beliau berkata, dalam kes ini tuntutan anak guamnya terhadap defendan atas kuasa tindakan kecuaian perubatan, salah nyata dan penipuan terhadap anak guam semasa melakukan pembedahan 'rhinoplasty surgery'.


"Tuntutan ini adalah berkenaan kecaacatan hidung dialami anak guam kami.


"Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditetapkan pengurusan kes pada 12 Mei ini," katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top