Seorang peguam yang sering mengulas isu tular di media sosial, Nor Zabetha Muhammad Nor tampil memberi penjelasan apabila disoal tiada kehadirannya sebagai pihak pendakwaan.
“Kenapa puan tidak mewakili Bella bersama dengan team pendakwaan? Baru nampak ramai dan kuat”.
Saya terangkan prosedurnya. Ini kes jnayah. Berbeza dengan kes sivil.
Kes sivil menuntut ganti rugi dan lain-lain terhadap dua pihak. Contoh Plaintif tuntut dari Defendan ganti rugi dan injunksi.
Jadi Plaintif yang menuntut diwakili peguam dan Defendan yang dituntut ada peguamnya. Jadi saya boleh wakili salah satu, sama ada Plaintif atau Defendan.
Bagi kes jnayah, memandangkan kesalahan melibatkan kepentingan awam. Perbuatan jnayah ini, kalau ramai-ramai buat maka memberi kesan kepada keamanan negara.
Jadi yang menyiasat kes adalah polis. Kemudian selepas mendapat izin dakwaan, kes akan dimulakan di mahkamah dan yang mewakili itu adalah pendakwaraya.
Siapa itu pendakwaraya? Mudah kata, bahasa mudah hendak faham iaitu Peguam Negara. Peguam Kerajaan. Mereka bukan peguam swasta. Mereka memang dilantik untuk mewakili pertuduhan dan prosiding di mahkamah jenayah untuk memastikan tertuduh dihukum secara penjara atau denda bagi memastikan keamanan dalam masyarakat.
Jadi dalam kes Bella, contoh peguam Tuan Mahmud Jumaat yang banyak membantu dan memperjuangkan kes Bella dari awal, bukan kami tidak mahu membantu di mahkamah sama-sama mewakili kes Bella terhadap tertuduh tetapi kami tidak boleh. Kami bukan pendakwaraya.
Perlu faham juga, kenapa pendakwaraya tidak update di media sosial tentang kes? Sebab etika dan sebab mereka terikat dengan peraturan.
Jika gagal mematuhi peraturan, tindakan displin boleh diambil terhadap mereka. Kita semua pun tahu, larangan penjawat awam.
Kalau disuruh sebenarnya nescaya kami buat tetapi tidak boleh. Jangan salah faham, bukan tidak mahu mewakili. Kalau boleh itu, saya rasa bersusun peguam-peguam lain yang menyokong kes ini.
Jadi kami peguam-peguam yang bersama Bella, akan sentiasa berikan nasihat dan sokongan.
Bagi tertuduh pula, mereka diwakili oleh peguam yang dilantik dan bersetuju untuk mewakili.
Begitu rupanya, semoga kes ini menang dipihak yang benar.
Sumber: Facebook Nor Zabetha