Jika ditanya siapakah artis tempatan paling trending pada bulan March jawapan dia tidak lain tidak bukan hero Malaya, Zul Ariffin.
Ini susulan kontroversi video yang dimuat naik pelakon lelaki terkenal itu yang memaparkan adegan yang tidak sesuai bersama pelakon muda berbakat, Siti Hariesa.
Video tersebut telah menarik perhatian bukan saja netizen malahan beberapa pemimpin juga memberikan respon terhadap video itu yang bercanggah dengan tuntutan agama Islam dan masyarakat di Malaysia.
Baru-baru ini, seorang pengguna tiktok menggunakan akaun Fyzalbabjan telah memuat naik satu video romantis memaparkan aksi manja Zul Ariffin yang baring di peha pelakon cantik Ruhainies.
Dalam video tersebut, Zul dilihat baring diatas paha Ruhainies dan disaksikan beberapa individu dalam video itu.
Seperti yang dijangka perkongsian itu yang kini sudah menerima lebih 1 juta tontonan menjadi perhatian netizen dan ramai juga yang memberikan pandangan dan komen berkenaan video itu.
Netizen turut berteka-teki adakah pasangan dua merpati sejoli ini sudah berkahwin? Ini kerana kemesraan mereka berdua jika dilihat lebih dari sekadar kawan seperti yang diakui pelakon itu.
Ada juga yang memberikan nasihat agar pasangan ini lebih menjaga batas jika betul mereka masih tidak mempunyai sebarang ikatan sah dan jika sudah berkahwin sekalipun tidak perlulah menunjukkan aksi terlajak romantis itu untuk khalayak ramai.
Untuk rekod, sebelum ini pelakon jelita, Ruhainies ada berkongsikan di instagramnya video mengenakan busana Bollywood dan memakai inai serta berlari sambil diikuti oleh jejaka misteri dari belakang. Bagaimanapun, rata-rata netizen mendakwa jejaka misteri itu adalah Zul Ariffin berikutan sosok tubuh badan yang tinggi dan ‘sado’.
Sumber: TikTok Fyzalbabjan