Kerajaan digesa naikkan harga siling ayam RM9.90 sekilogram, kata bos Mydin

encik gotenks
0

 


Ketua rangkaian pasar raya Mydin menggesa kerajaan menaikan harga siling ayam standard kepada RM9.90 per kg bagi mengatasi kekurangan teruk bahan makanan itu di pasaran.


Sambil menyatakan peningkatan kos bahan makanan ayam dan kekurangan buruh yang masih berlanjutan, Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin, berkata harga siling RM8.90 per kg, yang dikuat kuasa bermula 5 Feb hingga 5 Jun, membuktikan ia tidak dapat dilaksanakan.


Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin dekat, Ameer berkata, kerajaan perlu bertindak pantas.



“Ini sudah di luar kawalan kerajaan. Saya mencadangkan kerajaan membenarkan kuasa pasaran mengambil alih, atau meningkatkan harga siling kepada RM9.90 per kilogram,” katanya.


“Sekurang-kurangnya, pengguna boleh mendapatkan ayam untuk dihidangkan di meja makan. Adalah lebih baik harga siling ditetapkan RM9.90 per kg kerana lebih murah berbanding daging dan ikan. Ia masih lagi terendah untuk dijadikan sumber protein.”



Peniaga ayam dilaporkan menjual ayam melebihi daripada harga kawalan ditetapkan. Kebanyakannya berkata, mereka tidak mempunyai pilihan selepas pemborong mengenakan harga RM8.70 per kg.


Ameer berkata, pembekal sering mengenakan lebih daripada harga borong, RM7.60 per kg.


Seorang peniaga ayam di Kuala Lumpur yang enggan dinamakan, berkata walaupun mempunyai bekalan ayam, “harga terlalu tinggi sehingga saya tidak dapat menjualnya”.

Sumber : FMT

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top