Kanak-Kanak Sekolah Tidak Sepatutnya Dipaksa Berpuasa Seperti Ini

encik gotenks
0

 


Penafian : Gambar hanya sekadar illustrasi

Melalui Facebooknya, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mendedahkan, ada segelintir guru di sekolah melatih murid-muridnya berpuasa dengan cara memaksa mereka agar menahan lapar dan dahaga.


Kanak-kanak malang yang menjadi mangsa kerana bekalan makanan dan minumannya dirampas tersebut seterusnya menjadi trauma sehingga tidak mahu lagi berpuasa dan membenci sekolahnya.


Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Dr Kamarul melalui hantaran penuhnya berikut:


Hari ni ada seorang ibu bawa anaknya yang kelihatan sangat lemah ke klinik.


Si anak baru berumur 6-7 tahun. Baru nak mengenal puasa. Sekolah pagi. Ibu tak sediakan sarapan, sebab sedang ajar nak berpuasa, tapi dibekalkan air dan roti untuk ke sekolah.


Dipesan pada anak, jika tak tahan berpuasa, maka berbukalah dengan bekal yang dibawa.


Namun begitu, sehingga si ibu ambil anaknya pulang di waktu tengah hari, anaknya masih belum berbuka. Jika tidak kerana anaknya kelihatan begitu lemah, pasti si ibu berasa senang hati.


Malangnya, si anak ni nampak sangat lemah. Dia kata benci berpuasa. Dia benci sekolah. Dia benci kawan-kawan. Anak tu kata dia tak nak berpuasa lagi selepas ini, dan tak mahu lagi ke sekolah.


Bila ditanya mengapa, si anak beritahu makanan dan minumannya diambil oleh cikgu. Siapa yang tak berpuasa ditegur di khalayak kelas. Ada rakan sekelas yang tertawakan mereka yang tak puasa.


Lepas sekolah habis, baru bekal makanan dipulangkan. Dipesan sekali lagi oleh cikgu agar berpuasa sehingga masuk waktu berbuka. Si anak hanya menurut, kerana takut dimarahi.


Pendapat saya, bila mengajar kanak-kanak lakukan ibadah, hendaklah ia bersifat mengajak dan memujuk. Tak usahlah ia dalam keadaan memaksa atau dengan cara yang memalukan mereka.


Kita semua mahukan anak-anak yang membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukannya dengan berhikmah, kerana jika sudah terbit benci, maka sukar nak disemai cinta di kemudiannya.


Mereka mungkin mampu berpuasa sampai ke Maghrib, namun ia perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan.


Kita ada sekitar 30 hari, Insya-Allah cukup masa untuk mendidik, cukup masa untuk melatih, cukup masa untuk memberi sokongan. Sampai masa nanti, kita raikan kejayaan kita sama-sama.


Semoga Ramadan ini, lebih baik daripada yang sebelumnya.


Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kesihatan dan Perubatan

*tak perlu kecam cikgu secara umum. Tak semua cikgu begini. Ada yang bagus, prihatin dan berempati.


Satu lagi kisah kanak-kanak sekolah dipaksa berpuasa oleh gurunya dikongsi di Facebook Cikgu Fadli Salleh oleh salah seorang ‘Admin’nya yang hanya bergelar Minmin.


Dalam tangkap layar yang turut disertakan bersama hantaran tersebut, didapati terdapat guru Tahun 1 yang melarang murid-muridnya membawa bekalan makanan dan minuman.


Seolah-olah amat taksub dengan watak Upin dan Ipin, turut didedahkan terdapat juga murid prasekolah yang berumur 6 tahun dipaksa untuk berpuasa dengan cara begini.


Menurut Minmin, ada ibu bapa yang mendakwa ini merupakan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Menyifatkan perbuatan ini sebagai zaIim, berikut merupakan hantaran yang dibuat oleh Minmin:


Ni zaIim namanya. Tidak meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya.


Budak usia 6-9 tahun perintah wajib belum jatuh atas mereka untuk buat amal ibadah termasuk puasa.


Mewajibkan anak-anak sebesar ini puasa, paksa mereka jangan makan jangan minum, tidak membenarkan mereka bawa air dan bekal bagi yang jelas tak puasa adalah tindakan yang tidak betul.


Benda tak betul kena tegur dan betulkan.


Ada parent mendakwa ia adalah peraturan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Betul ke? Harap KPM respon. Ni isu semasa yang perlu respon segera.


Karang ada budak pitam, budak pengsan, budak gastrik asbab hal ini, siapa nak bertanggungjawab?


Tolong jangan menzaIimi anak-anak belum baligh. Jika ada anak-anak mampu dan larat untuk puasa penuh, tahniah. Boleh teruskan.


Namun jika ada anak-anak tak mampu, usah dipaksa-paksa pula.


Kadang aku sedikit pelik, bab puasa dipaksa sungguh-sungguh. Bab solat tidak ditekankan. Terbalik tu. Kata seorang guru aku,


“Orang puasa belum tentu solat. Namun orang yang menjaga solat dah tentu takkan meninggalkan puasa”.


Begitulah.


– Minmin (admin Cg Fadli) –

#MFS


Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan, Facebook Cikgu Fadli Salleh

Artikel dari Odisi

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top