selepas lebih 16 tahun melayari bahtera rumah tangga, siapa sangka pasangan yang menetap di Semanggol, Perak ini sudah dikurniakan seramai tujuh orang cahaya mata.
"Saya mula kenal suami seawal usia 12 tahun, masa tu kami seperti kanak-kanak lain sedang bermain di padang. Dia tengah main bola sepak tapi secara tiba-tiba bola terkena saya.
"Daripada situlah bibit kami mula kenal dan jadi lebih serius sampai umur 15 tahun. Kami bercinta dalam tempoh tu, kemudiannya dia ambil keputusan untuk berkahwin.
"Jadinya saya pun kahwin masa umur 16 tahun. Tahun ni dah masuk tahun ke 16 kami bersama. Awal-awal dulu suami target nak ada empat orang anak je iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
"Tapi saya pula nak anak ramai. Saya tak serik beranak sebab tu anak dah jadi tujuh orang sekarang," jelasnya ketika dihubungi mStar.
Bagaimanapun ujar Akma, dia reda apabila anak ketiganya meninggal dunia sewaktu kecil.
Bercerita lanjut tentang hal itu, keinginannya untuk memiliki ramai anak didorong sifat suami yang merupakan seorang nelayan cukup 'ringan tulang' dalam membantu menguruskan hal rumah tangga.
"Sejak awal perkahwinan lagi suami memang rajin membantu uruskan anak-anak dan rumah.
"Dia selalu bantu mandikan anak, tukar lampin anak, memasak, mengemas rumah, uruskan anak dan selalu berjaga waktu malam kalau anak menangis.
"Daripada anak ketiga saya berpantang di rumah sendiri, semua suami yang uruskan semua," katanya.
Namun ujar wanita yang berasal dari Semanggol, Perak ini, kini dia sudah berasa serik selepas pengalaman melahirkan anak ketujuh secara pembedahan.
Disebabkan pengalaman perit itu, wanita ini meminta untuk ‘diikat’ peranakannya tetapi doktor tidak sarankan dengan alasan dia masih muda.
"Masa mengandung anak ketujuh, saya ada masalah uri berada di bahagian bawah perut, jadi terpaksa czer. Selepas bincang dengan suami dia izinkan saya ikat peranakan.
"Tapi apabila cakap dekat doktor, dia kata saya masih muda jadinya tak jadi nak ikat dan suami pun okey.
"Sebab pengalaman czer tu, saya memang serik nak tambah anak lagi tapi kalau ada rezeki kami terima saja. Kami anggap tu semua rezeki Allah nak bagi dekat kami cuma saya risau risiko nak beranak nanti pula," ujar Akma.
Berikutan video yang dimuat naik mengikut trend di TikTok menjadi tular, wanita yang memiliki perniagaan menjual makanan tambahan ini menerima banyak pujian daripada netizen.
Meskipun sudah beranak ramai, rata-rata warganet tetap memuji wanita berkenaan kerana pandai menjaga penampilannya sehinggakan disangka kakak kepada anak-anak sendiri.
"Berkenaan penampilan tu, sejak kecil saya suka jaga kecantikan sebab ikut mak. Kalau bab tip maintain kurus, saya memang jaga daripada awal. Saya tak akan biar berat naik terlalu banyak sebab apabila dah naik banyak nanti susah dan ambil masa nak turun.
"Cuma sebab banyak kali mengandung ada juga la berat naik dan buncit, jadi saya akan kawal portion makan. Selain tu memang ada ambil makanan untuk kecantikan, kesihatan dan membantu untuk maintain berat.
"Tapi apa-apa pun, semuanya bermula dengan suami saya. Apa yang saya capai atau dapat ni sebab suami yang selalu support dan tak pernah langsung berkira dengan saya," katanya penuh dengan kesyukuran.
Sumber : mStar Online