Harga marhain citarasa istana, pemuda dari Bachok buktikan kualiti juadah setaraf Chef Timur Tengah

encik gotenks
0

 


Seorang cef terkemuka yang berasal dari negara Timur Tengah turut menerima kritikan kerana harga Nasi Arab yang dijualnya dikatakan terlalu melampau serta tidak kena dengan tempatnya yang hanya berniaga di bazar Ramadan.


Beliau yang tampil memberi penjelasan melalui sebuah video walau bagaimanapun mengundang kemarahan orang ramai apabila dilihat sempat mengkritik bangsa Melayu.


Hanisya Abdul Hamid melalui Facebooknya telah membuat hantaran yang menyatakan rasa kesal dengan sikap cef tersebut:


“Berilah penjelasan mengapa harga Nasi Arab masakan kamu harganya mahal. Jangan kaitkan bangsa Melayu pula. Nanti orang Melayu sakit juga hatinya.


Sama ada bulan Ramadan atau hari-hari biasa.. hampir 100% pelanggan kamu ialah orang-orang Melayu,” jelas beliau.


Seorang pemuda dari Kelantan turut bangkit mengambil kesempatan untuk mempromosikan makanan yang dijualnya dengan mendakwa orang Melayu juga hebat dan mampu menghasilkan juadah setaraf dengan apa yang didakwa cef tersebut.


Berikut merupakan hantaran yang dibuat oleh Mohd Afiq Muhamad di Facebooknya:


Ada satu video baru yang sedang berlegar di media sosial tentang seorang cef terkenal dari Timur Tengah yang mempunyai perniagaan restoran yang popular di Kuala Lumpur, beliau mengatakan tiada orang Melayu yang boleh berniaga menu macam beliau di Malaysia.


Ada ni, Melayu Jati Kampung Jelawat, Bachok, Kelantan Darul Naim, Malaysia, tahun ketiga dah ni jual menu ni, walaupun tidak sepopular dan tidak sebanyak kuantiti yang dijual beliau tapi ada.


Bahan-bahan pun kita guna bahan premium dan berkualiti, Saffron dari gred terbaik, Ghee Brand Enrico’s/QBB, Beras Pusa Cream 1121 Gred A, Rempah Beriani diimport dari Pakistan.


Lokasi: Restoran Nasi Kandar Melayu N Iman, Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan.




Walaupun Mohd Afiq tidak mempertikaikan faktor lokasi mungkin menyebabkan harga di Lembah Klang agak tinggi, namun di ruangan komen, beliau sempat mengiklankan harga hidangannya tersebut untuk dibuat perbandingan tahap ‘Yahudi’nya:


HYDERABAD DUM BERIANI


Beriani + Lamb Shank + Telur Saffron – RM39.00


Beriani + Ayam + Telur Saffron – RM13.00


Makluman: untuk menu Beriani Lamb Shank perlu order sehari awal ya.


Sumber dan kredit foto: Facebook Mohd Afiq Muhamad, Facebook Hanisya Abdul Hamid

Artikel dari Odisi

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top