Dikatakan tiada akhlak, Mak Wan Latah reda, enggan buka aib siapa-siapa

encik gotenks
0

 


Enggan mengulas lanjut punca perpisahan itu, Mak Wan atau nama sebenrnyaa Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, berkata dia tidak mahu membuka aib mana-mana pihak dan menerima takdir yang sudah tertulis ini.


"Saya tidak mahu menjawab kerana tak nak aibkan sesiapa. Saya tidak mahu aibkan keluarga di sebelah sana (bekas suami).


"Biarlah Allah sahaja yang menghukum dan tentukan segalanya," katanya.



Mak Wan berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook pada malam Khamis.


Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.


Ikatan perkahwinan akhirnya terlerai apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pagi Khamis, 21 April.


Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.



Mak Wan bersama keluarga bekas suami ketika majlis persandingan pada Januari lalu.


Dalam pada itu, Mak Wan juga berharap supaya tiada mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan bercerita perkara tidak benar berhubung penceraiannya itu.


"Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini.


"Allah sudah tetapkan ini hikmahnya buat saya," ujarnya.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top