Boleh belahlah. Lantak merekalah nak cakap apa pun, kata Normah Damanhuri

encik gotenks
0

 


"Buat apa nak tutup Instagram? Mereka punya pasal, saya kena nak tutup IG? Boleh belahlah. Lantak merekalah. Apa susah, kalau mereka cakap yang menyakitkan hati, sekat saja," kata pelakon veteran Normah Damanhuri. 


Ia susulan kecaman demi kecaman yang diterimanya berikutan hantaran video anaknya Liana Rosli atau Kak KM yang dianggap keterlaluan di Instagram.


Normah, 69, berkata, sampai bila dia perlu mendengar cakap warganet kerana di mata mereka, ada saja yang tidak kena pada keluarganya.



"Perkara yang baik mereka bukan nak puji, asyik nak cari salah sahaja. Saya bersedia terima komen tapi lebih suka pilih diam. Biar mereka nak cakap apa. Yang penting saya tahu kerja saya. Biarlah setakat mana mereka nak cakap. Kalau saya jawab nanti lagi mereka sakit hati dan lagi panjang cerita. 


"Saya bimbang kalau saya keluar kenyataan yang lagi pedih. Jadi malaslah nak jawab. Lantaklah mereka nak cakap apapun," katanya ditemui pada pelancaran filem 3 Janda Menawan Dunia di GSC One Utama, Petaling Jaya, semalam.


Filem arahan Hyrul Anuar ini menggandingkan Normah dengan Rosnah Mat Aris dan Raja Azura. 


Normah turut memaklumkan, dia jarang membalas kecaman peminat di Instagram dan hanya membalas apabila terlalu geram.


"Mereka asyik nak cari salah sahaja. Yang cantik-cantik kita bagi tak pula mereka puji. Cubalah seimbangkan. Yang salah, salahlah dan yang baik pujilah. Nak keji atau puji, bagi seimbanglah. Tak bolehkah cakap baik-baik. Kenapa cakap menyakitkan hati orang? Saya terus sekat, senang cerita. Kalau yang tak teruk, saya padam dulu, kalau masuk lagi baru sekat. 



"Saya sudah bagi amaran kalau kurang ajar dan biadap, saya akan sekat. Saya memang mengadu perkara ini pada anak-anak dan mereka larang saya tengok IG dan baca komen kerana bimbang saya marah serta susah hati," katanya.


Normah berkata, dia bukan hamba media sosial dan hanya berkongsi perkara perlu seperti hubungan kekeluargaan mereka. 


"Ada perkara penting saya masukkanlah. Benda seronok, berrgembira dengan keluarga dan ada yang kata suka.


"Ia contoh keluarga bahagia berkasih sayang. Bukankah perkara ini bagus? Dalam ada ramai-ramai yang mendoakan, mesti ada seorang yang mengeji. Tolonglah adil bagi komen," katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top