Bella disuruh makan seperiuk nasi dicurah cuka, ayam goreng busuk , cili ketika Ramadan, kata saksi

encik gotenks
0

 


Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, diberi makan seperiuk nasi yang dicurah cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk pada bulan puasa oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda berkata, Bella disuruh Siti Bainun untuk menghabiskan nasi itu, walaupun remaja terbabit kenyang kerana telah curi-curi makan dan minum semasa ketiadaan Siti Bainun di rumah kebajikan itu.

“Ketika itu bulan puasa, Bella tidak makan nasi sebab dia terlampau kenyang kerana curi-curi minum air dan makan kerana di bilik dobi ada banyak barangan kering. Bella juga tidak dibenarkan makan dan minum sesuka hati, jadi Bella cari jalan untuk curi makan dan minum tanpa pengetahuan saya, Siti Bainun dan penghuni Rumah Bonda sebab dia takut.

“Apabila Siti Bainun balik malam itu dan dapat tahu Bella curi makan dan minum, Siti Bainun suruh dia (Bella) habiskan satu periuk nasi yang dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Asiah Jalil yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiiaya remaja berumur 13 tahun itu.



Saksi pendakwaan kelima itu berkata, Siti Bainun pernah menggoreng ayam yang telah busuk dan turut mengarahkannya (Yasmin) berbuat demikian sebelum menyuruh Bella menghabiskan lima ketul paha ayam.


Yasmin berkata, Siti Bainun turut memberi Bella makan 20 biji cili padi dan meminta saksi itu atau seorang lagi penghuni Rumah Bonda yang dikenali sebagai Aida untuk mengira 20 biji cili tersebut.


Disoal seorang lagi peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf berhubung berapa kali kejadian itu berlaku dan adakah Siti Bainun meminta secara spesifik 20 biji cili padi itu, saksi itu menjawab: “Banyak kali juga dan memang Siti Bainun mahukan 20 biji cili itu”.


Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kejadian itu berlaku beberapa kali seminggu.


Farhan: Boleh kata empat kali seminggu?


Yasmin: Ok.


Farhan: Jadi kalau seminggu sudah 80 biji cili Bella makan, takkan mulut Bella tak melelas, melecet atau merah?


Yasmin: Mulut dia merah.


Farhan: Pada prosiding semalam, kamu kata Bella didera setiap hari selama empat bulan, jadi kalau kita kira lebih kurang 1,280 biji cili disumbat kepada Bella (dalam tempoh empat bulan) takkan mulut Bella tak melelas atau melecet.


Yasmin: Dia (Bella) makan, lepas itu buang balik.


Disoal Farhan sama ada dia mengetahui tahap kepedasan cili itu, Yasmin berkata, dia mengetahui kepedasan cili, namun tidak pernah makan cili yang dimakan Bella, selain bersetuju dengan cadangan peguam itu sekiranya terlebih makan pedas, ia menyebabkan perut memulas dan membuang air besar.


Menurut Yasmin, Siti Bainun juga pernah menyeepak dan menndang perut remaja itu kerana tidak mendengar arahannya.


“Bila Bella tak dengar cakap dan tidak habiskan cili, Siti Bainun akan uguut hendak siimbah air panas pada Bella. Siti Bainun akan arahkan saya dan Aida untuk pegang Bella dan paksanya melutut. Masa itu, Siti Bainun seepak dan tndang perut Bella,” katanya sambil memaklumkan Siti Bainun tidak membenarkan Bella minum air, termasuk minuman manis.


Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuuduhan, iaitu mengabai dan menganiiaya remaja itu sehingga menyebabkan mngsa mengalami kecedeeraan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.


Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.

Sumber : FMT

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top