Sebentar tadi anak kepada bekas Timbalan perdana Menteri iaitu Nurul Hidayah tampil menjawab tuduhan yang mengaitkan bapanya dalam kes penderaan remaja perempuan sindrown down bernama Bella, terbaharu Presiden Umno itu pula tampil memperjelaskan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.
Sambil menangkis tuduhan yang dibangkitkan pihak tertentu, Ahmad Zahid turut menyuarakan rasa kesal apabila tiba-tiba namanya dikaitkan sebagai ahli politik yang cuba 'melindungi' tertuduh kes berkenaan.
"Sebagai insan seperti anda semua tentunya saya juga mengharapkan keadilan buat Bella dapat ditegakkan. Terlalu banyak insiiden menyayat hati dilaporkan dalam kes tersebut dan pastinya semua mahukan kebenaran.
"Tetapi saya berasa kesal apabila diberitahu tiba-tiba ada pihak cuba mengaitkan saya dengan kes tersebut. Menuduh saya cuba melindungi tertuduh dengan mengaitkan tertuduh memiliki 10 peguam bela kerana saya.
"Dakwaan saya cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicaraan kes Bella juga tidak masuk akal.
"Bagaimana saya boleh melakukannya walhal yang menuduh juga tentu tahu saya tiada sebarang kuasa berbuat demikian. Saya tidak berada dalam kerajaan untuk menekan pihak pendakwaan
"Jika benar saya mempunyai keupayaan seperti itu bukankah lebih baik saya 'melindungi' kes saya," jelas Ahmad Zahid menerusi satu hantaran di laman Facebook, pada Ahad.
Tambah bekas timbalan perdana menteri ini lagi, mengaitkan dirinya dengan tertuduh hanya kerana sekeping gambar yang dirakam bersama-sama keluarganya juga adalah tuduhan yang tidak berasas.
Ahmad Zahid merujuk kepada gambar yang tersebar luas di media sosial ketika ini, di mana beliau bersama isteri dan beberapa individu lain bergambar mesra bersama Pengasas Rumah Bonda yang juga tertuduh kes berkenaan, Siti Bainun Ahd Razali.
"Sebagai seorang pemimpin, mana mungkin saya menolak permintaan sesiapa sahaja untuk bergambar.
"Sebagai contoh hari ni saya memuji seseorang tokoh berkenaan kebaikan dan kehebatannya di media sosial saya, setelah sekian lama dia pula dituduh melakukan jnayah dan perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
Mengulas lebih lanjut, Ahmad Zahid mengakui sepanjang terlibat dalam arena politik, beliau pernah membantu ramai individu termasuk didatangi mereka yang meminta bantuan dan sumbangan kewangan untuk tujuan kebajikan.
Sumber : mStar Online