Umie Aida dedah apa yang sebenarnya terjadi isu Erma Fatima dan video babak panas Zul Ariffin

encik gotenks
0

 


sejak awal lagi penerbit Erma Fatima sudah meluahkan kebimbangan mengenai babak panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu.


Perkara itu didedahkan olehnya adiknya iaitu Datin Seri Umie Aida yang memberitahu Erma mengetahui ada babak terlalu daring yang kurang sesuai untuk tontonan umum.


"Baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit fasal isu ini... dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya bila dia tengok footage cerita ini.


"Dia kata mereka shoot (babak) sangat daring. Me (panggilan diri Umie) pesan awak sebagai penerbit kena tegas dan beritahu mereka rakaman atas landasan yang dibenarkan.


"Lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di Instagram. Motif keluarkan footage yang belum edit dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk viral?" katanya menerusi laman Instagram.


Sementara itu, Umie berkata dia sudah menonton sedutan babak tersebut yang dikongsi oleh Zul Ariffin di Instagram miliknya pada malam Jumaat.


Justeru itu, dia meminta pihak sepatutnya bertanggungjawab atas apa yang berlaku.


"Saya sempat tengok post dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kat Erma... apa cerita korang buat ini? Gila ke? Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu?


"Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan... antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza.



"Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau produser dan sebagai pelakon wajar tolak screenplay yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua," ujarnya.

Pada malam Jumaat, Instagram Zul diseerang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.


Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.


Bukan sahaja dikecam netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menegur babak panas berkenaan.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top