Tidak suka bersepah, Baby Shima dipuji netizen kemas sendiri pinggan lepas makan di kedai

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini Baby Shima ada memuat naik satu video di laman tiktok miliknya memaparkan dirinya sedang mengemas pinggan kotor selepas makan di sebuah medan selera.


Menerusi entri itu, Baby Shima berkata dia hanya sekadar mahu membantu meringankan tugas pekerja di kedai makan tersebut.


“Saling tolong menolong…” tulisnya.


Melihat video pendek tersebut, ramai yang memuji sifat membantu penyanyi tersebut dan ramai yang berkongsi melakukan amalan yang sama apabila keluar makan di kedai makan dan mengatakan amalan seperti itu patut dicontohi.

“Saya pun buat macam tu”


“Pelanggan yang pembersih, lepas makan kita tolong kemas.. Sikap yang patut kita contohi”


“Terima kasih permudahkan urusan orang”


“Bagusnya Shima”


“Terbaik Shima.. Amalan mulia,” komen mereka.


Sementara itu, ada yang meninggalkan komen mengatakan tidak menyangka selebriti cantik seperti Shima makan di kedai biasa seperti orang lain.


Komen netizen itu dibalas oleh Shima yang mengakui dia suka makan di kedai biasa dan warung kerana rasanya lebih sedap.


SUMBER  CARI FORUM VIA ROTlKAYA

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top