Saya masih terkejut, arwah 'pergi' dengan cara yang sukar diterima, kata Ibu saudara angkat

encik gotenks
0

 


"Saya masih terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila mendapat berita anak saudara meninggal dunia dipukuI rakannya hanya kerana RM4," kata Faridah Latif, 49.


Faridah adalah ibu saudara angkat kepada Muhammad Hafdan Qurbani Azhar, 11, yang terbun0h akibat dibeIasah rakannya di surau sebuah asrama pusat kebajikan anak yatim dan miskin, di sini, semalam.


Faridah berkata, arwah dihantar balik ke asrama itu beberapa hari lalu selepas pembukaan sesi persekolahan.



Menurutnya, arwah ditempatkan di asrama itu kira-kira setahun lalu dan hanya pulang ke rumah apabila cuti sekolah.

"Beberapa hari sebelum kembali ke asrama, arwah sempat membina pondok di atas pokok jering berhampiran rumahnya sebagai tempat bermain selain untuk memudahkan dia memetik buah pokok itu.


"Kini, pondok berkenaan hanya menjadi kenangan selepas arwah pergi buat selama-lamanya dengan cara yang sukar untuk diterima," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mngsa di Kampung Gelugor, Paya Bungor di sini, hari ini.


Menceritakan keperibadian arwah, Faridah menyifatkan Muhammad Hafdan Qurbani sebagai anak baik, taat dan menghormati orang yang lebih tua.


Faridah berkata, meskipun hubungannya dengan Muhammad Hafdan Qurbani hanya sebagai ibu saudara angkat, arwah dikenalinya memang tidak pernah melawan cakap.



"Mengenang sikap dan keperibadiannya sebagai seorang anak yang baik, saya cukup terkesan dan benar-benar terasa kehilangannya, apatah lagi ibu dan bapanya," katanya.


Sementara itu, penduduk kampung Muhammad Ikmal Hasbullah Ariffin, 23, mengakui terkejut mengetahui kemaatian arwah melalui kumpulan WhatsApp masjid.


"Walaupun tidak rapat, setiap kali bertemu dia (arwah) sering menegur. Saya selalu ke bengkel kenderaan bapanya dan kami sering berbual dan bergurau," katanya.


Jenazaah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor, hari ini.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top