Orang hanya tengok dari sudut yang negatif dan bukan ambil yang positif, kata Jasmine Suraya

encik gotenks
0

 


"Itu dah selalu berlaku. Setakat orang kutuk atau kecam, ia perkara biasa buat saya," kata pelakon Jasmin Suraya Chin mengulas isu dirinya berpakaian sekksi di Instagram.


Jasmine, 32, yang mempertahankan tindakannya itu berkata, pakaian itu hanya dikenakan semasa dia memperaga produk jenama antarabangsa.


"Sebenarnya pakaian ini rekaan pereka fesyen tempatan yang saya guna untuk promosi gincu Dior Beauty. Saya pun kerja dengan Dior. Jadi, saya rasa peminat pun faham kenapa saya pakai pakaian begitu kerana kadang-kadang idea pereka fesyen agak pelik," katanya kepada Harian Metro.



Jasmine berkata, dia sudah beberapa bulan terbabit dengan penggambaran drama Ratu Tenpin 2 dan baru sekarang dia kembali berpeluang terbabit dengan penggambaran produk.


"Saya berlakon watak Shalin Zulkifli dan untuk watak itu saya kena gelapkan kulit saya. Penggambaran selama 70 hari buatkan saya tiada masa langsung untuk buat kempen dengan pelbagai jenama.


"Dah habis penggambaran, barulah saya ada masa untuk bekerja semula dengan produk-produk ini dengan buat sesi fotografi," katanya.



Jasmin bersyukur diberi peluang bekerjasama dengan produk jenama terkenal luar negara.


"Saya adalah orang pertama yang dapat produk ini dari Dior Beauty dan juga ibarat muka baru untuk senarai koleksi ini. Kadang-kadang orang hanya tengok dari sudut yang negatif dan bukan ambil yang positif," katanya.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top