Baru-baru ini viral di media sosial satu perkongsian yang memaparkan seorang bapa yang kecewa selepas anaknya Iuka di dahi hanya selepas sehari dia hantar anaknya ke sebuah tadika.
Bapa kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Mohd Asraf Firdaus yang menghantar anaknya, Muhammad Aisy Firash berusia empat tahun ke sebuah tadika buat pertama kalinya.
Namun, menurut Asraf, setelah beberapa jam anaknya di tadika yang enggan dinyatakan lokasinya, dia menerima panggilan daripada seorang guru anaknya.
"Lepas je hantar Aisy ke tadika saya terus ke hospital Terengganu sebab isteri ada appointment check kandungan dia tapi tak sampai tiga jam tinggalkan anak, tiba-tiba ada banyak call masuk. Bila saya jawab, cikgu terus cakap kepala Aisy berdarah terhantuk pintu sebab berlari.
"Perasaan saya masa tu sangat terkejut bila dapat gambar kepala Aisy berdaarah. Hari tu pula pertama kali saya hantar Aisy ke tadika. Sebelum ni dia ke taska sejak umur dua tahun. Itu pun pernah ada kemaIangan cumanya saya tak nak uar-uarkan kejadian di taska cawangan sama tu.
"Asalnya cikgu minta datang segera tapi saya tak dapat datang. Lepas tu saya dah call Tokma (nenek kepada Aisy) untuk ambil dan bawa ke hospital," jelas Asraf.
Bercerita lanjut, Asraf dan isteri telah memutuskan untuk membatalkan temu janji dengan doktor lalu bergegas ke hospital di mana Aisy dirawat.
Sejurus tiba di Hospital Dungun, Terengganu, dia melihat di tepi kiri sebelah mata Aisy sudah bertampal.
"Rasa nak luruh jantung bila tengok anak macam tu. Sebak, kecewa dan sedih semua ada masa tu. Saya buka bahagian tampal untuk tengok Iuka dengan empat jahitan itu.
"Ya Allah, sikit lagi nak terkena mata Aisy. Kalau betul terkena di bahagian mata macam manalah keadaan dia. Saya tak dapat nak bayangkan masa tengok tu.
"Selepas kejadian itu, dua hari Aisy demam dan terpaksa makan ubat untuk hilangkan rasa saklt dan meracau. Dia dah tak nak ke tadika tu lagi. Setiap hari kami pujuk tetapi dia tak nak sampai nangis-nangis," ujar Asraf mengenai anak sulungnya itu.
Menurut Asraf yang berniaga pakaian bundle di live TikTok, kejadian itu lebih mengundang rasa terkilan apabila melihat cara pemilik tadika berkenaan menguruskan hal itu.
Bercerita lanjut mengenai video dimuat naik sehingga menjadi tular, jelasnya kemalangan itu sebenarnya berlaku lima hari lalu.
Tambah Asraf, dia tidak mahu mengaibkan atau memalukan mana-mana pihak, cuma mahu jadikan ia sebagai peringatan juga pengajaran kepada semua pihak sahaja.
"Cikgu Aisy ada minta maaf melalui WhatsApp selepas hantar gambar tu. Saya tak balas mesej tu sebab keadaan masa tu dah tergopoh-gapah dan kelam-kabut.
"Tapi selepas tu tak ada contact dah. Saya saja diamkan diri sebab nak tengok effort cikgu nak mengakui kesilapan tapi respons yang saya terima sangat mengecewakan. Saya berdiam diri bukan bermaksud sombong tetapi nak tunggu inisiatif pemilik tadika berkenaan beri penjelasan atau tunjuk rasa bimbang dan bersalah saja.
** Artikel diambil dari mStar Online