Gimik Jalan tempang selepas selesai rakaman TV, Kak Long bersumpah demi Allah tiada niat perlekeh Orang Kelainan Upaya

encik gotenks
0

 


Wanita berusia 34 tahun itu teruk dikecam selepas dijemput menghadiri rakaman sebuah program di stesen TV Al Hijrah.


Belum reda isu itu, tular pula rakaman video yang memaparkan Kak Long sedang melakonkan gaya tempang dan herot, persis Orang Kelainan Upaya (OKU).


Tindakan itu ternyata tidak disenangi netizen yang mana Kak Long dianggap menghina golongan cacat, malah dia didesak agar melakukan permohonan maaf segera.


Dalam kenyataan ringkas di Facebook, Kak Long menafikan dakwaan itu dan memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan gurauannya.


"Demi Allah saya tidak persendakan OKU. Saya gurau masa tu dalam live. Serba benda nak rakam. Kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat? Saya tak hina OKU, saya tak sebut nama siapa-siapa. Kenapa selalu cari silap saya?


"Demi Allah saya tak ada niat nak hina OKU. Saya akui saya buat live gurau-gurau saja. Tapi benda tu buat ramai terasa. Saya minta maaf lagi sekali. Demi Allah saya tiada niat nak hina OKU," tulisnya.


Ketika dihubungi mStar pada Rabu pagi, ibu kepada dua cahaya mata itu sekali lagi menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai cubaan untuk memburukkan namanya.


"Video terbaharu saya viral, orang kata saya hina OKU. Dalam video itu saya tak sebut atau kata sesiapa pun OKU. Saya tak hina, saya cuma berjalan macam tu dalam video live.


"Bila orang tak suka saya, segala benda mereka akan cari salah. Saya buat siaran live FB itu ketika pulang rakaman di TV Al Hijrah. Pada waktu itu, ada orang komen, kata saya ni 'lapar' famous.


"Jadi saya buat gaya berjalan macam tu. Saya tak sebut OKU sekian-sekian. Saya tak buat untuk OKU. Tapi orang salah faham. Kenapa nak ambil tindakan? Sedangkan saya tak hina OKU. Saya tak sebut nama OKU," ujarnya.


Menurut Kak Long, dia penat berdepan isu demi isu, malah setiap tindak-tanduknya di media sosial menjadi perhatian netizen yang mahu mencari kesalahan dan menjatuhkannya.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top