Pelakon cantik molek ini pernah menerima teguran peminat kerana dikatakan berpakaian terlalu mencoIok mata di media sosial, pelakon Eyka Farhana mengambil pendekatan mahu menjadi diri sendiri.
Bagi Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, dia memilih cara penampilan mengikut keselesaan dan bukan kerana kehendak orang.
“Rasanya saya tidaklah terlalu seeksi sehingga menampakkan lurah. Saya masih tahu untuk menjaga penampilan.
“Jika lihat di media sosial, ramai lagi yang berpakaian lebih seksi.
“Saya memilih pakaian mengikut keselesaan sendiri,” katanya kepada mStar.
Eyka ditemui ketika majlis pratonton filem baharu lakonannya berjudul Autumn In Wales.
Pelakon berusia 27 tahun ini tidak mahu bersikap hipokrit dan selesa menunjukkan dirinya sebenar di media sosial.
“Saya tak mahu apabila ada yang jumpa saya depan-depan mereka katakan imej saya berbeza berbanding di media sosial.
“Lebih baik saya jadi diri sendiri. Lagipun peminat kenal siapa saya dan mereka boleh faham,” ujarnya.
Bercakap tentang watak Aira dalam filem Autumn In Wales, Eyka menerima cabaran untuk membawakan genre komedi yang tidak pernah dia lakonkan sebelum ini.
“Sejak awal diberikan tawaran saya sudah diberitahu genre filem ini berbentuk romantik komedi. Kenapa tidak untuk saya cuba sesuatu yang baharu?
“Jika peminat melihat watak saya kali ini pasti mereka dapat rasakan sesuatu yang berbeza.
“Tidak salah untuk saya cuba bawakan cabaran sebegini,” jelasnya.
Menerusi filem ini, Eyka bergandingan dengan Jaa Suzuran sebagai watak utama.
Filem terbitan Pencil Pictures and Records ini turut menampilkan pelakon lain seperti Keith Foo, Wanna Ali, Amyza Adnan, Joey Daud dan Fara Mendoza.
Sumber : mStar OnIine