"Dikala semua barang naik, masih ada laptop harga RM800 ke bawah" - Dikala ramai mengecam, masih ada insan yang menyokong Prof UiTM viral

encik gotenks
0

 


Selepas Kak Long 7E, hari ini ada insan lain yang menggantikan kepopulariti Kak Long di media sosial.


Dunia media sosial di Malaysia hari ini dibanjiri dengan isu dan berita video seorang profesor UiTM memperlekehkan seorang pelajar B40, trafik internet mencanak dengan carian laptop berharga RM800.


Seorang pengguna FB menggunakan nama akaun Nikyakmal Jutsu sempat membuat hantaran yang diiringi dengan satu tangkap layar dari Shopee bersama dengan kapsyen – “Laptop RM800 ke bawah itu wujud”.


Seorang lagi pemilik akaun Facebook bernama Zamara Buang turut memuat naik tangkap layar dari sebuah kedai komputer terpakai di Shah Alam yang menawarkan desktop semurah RM399.


Beliau juga sempat memberikan satu teguran pedas yang ditujukan khas buat pelajar B40 tersebut dan juga semua golongan pelajar B40 yang berada di luar sana menerusi hantarannya berikut.


Saya jumpa ramai budak/student lelaki yang pikul tanggungjawab. Ramai yang belajar dan juga bekerja di gerai-gerai untuk tanggung keperluan keluarga, pelajaran dan juga diri sendiri.


Mungkin kedengaran Prof tersebut agak loud and out spoken tetapi di dalam usaha saya membantu orang B40, memang betul ramai yang mementingkan kebendaaan dan gaya jika dibandingkan dengan keperluan menimba ilmu.


Bercerita nak beli iPhone Pro Max sebab nak upload TikTok cantik dan gaya hidup mewah, sedangkan saya pun guna hp Samseng!


Gaya sembang mereka ni, bukan sahaja yang dewasa malah anak-anak pun sama.


Malu pula saya nak sembang dengan mereka. Kelihatan saya outdated pun ada terkadang tu.


Berbalik kepada student Sem 5 tu – tidak mempunyai laptop – apa usaha dia???


Come on lah budak lelaki kot!


Betul ada je laptop yang berharga RM800 – maka letakkanlah niat target nak beli.


Pergi kerja di gerai tepi jalan pun RM45-RM50/day. Sebulan 30 hari tapi sebab belajar kita kerja 15 hari campur tolak, RM675-RM750. Tak sampai 2 bulan dah dapat beli!


Tapi kalau kau ada banyak alasan dan tak ada daya usaha – memang patutlah kau mendapat hiinaan begitu. Saya tidak sokong hina tetapi terkadang memang kena ada orang yang sedarkan mereka.


Tapi sedar ke?


Kalau sedar tak adalah video tu tersebar..Siapa sebarkan???


Itu lagi satu soalan.


Video itu pendek, dan kita tidak tahu apa cerita sebenar di sebalik cerita yang panjang.


Cuma, saya nak pesan, man act as man!


Jangan lembik!


psst:..


depan mata saya ada 1 student Aviation Courses – belum habis belajar, hari-hari saya nampak dia jadi pembantu gerai sambil on hp atau laptop…makanya????


Jangan buat lecehlah…


Saya pun anak B40, emak bapak saya berhutang, noreh getah dan jual beras Felda untuk sekolahkan saya sampai ke level universiti. Saya pernah kerja KFC, McD even promoter!


Jangan salahkan level B40!


Saya jumpa iklan ni di FB!

Tiada kena mengena dengan saya.


#cikgugarang

#taksukatakapa

#raikanketidaksamaanfikiran


Sumber dan kredit foto: Facebook Zamara Buang, Facebook Nikyakmal Jutsu

Artikel dipetik dari Odisi

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top