Sejak dari semalam kecoh di media sosial apabila satu video memaparkan seorang pensyarah mengheerdik seorang pelajarnya gara-gara tidak memiliki komputer tular di media sosial, pelbagai pihak mengeecam dan meluahkan rasa geram kerana menyifatkan tindakannya amat keterlaluan.
Namun di tengah-tengah kecaman ramai, segelintir pihak menyatakan pandangan dari sudut berlainan dengan menyifatkan teguran pensyarah berkenaan wajar kerana mahu melihat anak didiknya berjaya.
Tidak terkecuali melontarkan pandangan, anak kepada Presiden Umno iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Nurul Hidayah berpendapat luahan kata-kata pensyarah berkenaan adalah didorong oleh rasa yang teramat kecewa.
"Pendapat saya, profesor tu marah sebab sudah semester lima tak ada laptop. Ya orang susah tapi sebagai pelajar, seharusnya bertanggungjawab juga dan letakkan perkara yang utama sebagai prioriti.
"Dah dia pensyarah, dia marahlah student yang dia rasakan tak ambil serius dan ambil mudah dalam hal pembelajaran.
"Saya ni ada juga pensyarah yang saya tak suka tapi tak adalah sampai nak aibkan pensyarah," ujarnya.
Tambah Nurul Hidayah juga, budaya menghebahkan atau memviralkan sesuatu perkara di sosial media bukanlah tindakan yang bijak.
"Zaman sekarang laki marah bini masuk socmed (media sosial). Bini marah laki masuk socmed. Gaduh laki bini, sakit hati semua nak letak dekat socmed. Kena marah dengan pensyarah pun masuk socmed.
"Divert lah rasa sedih dan kecewa itu kepada satu tenaga untuk membakar semangat. Kalau betul nak ilmu, tak akan share atau aibkan pensyarah macam tu.
"Habis kalau kau kena marah dengan bos nanti pun letak dekat socmed ke macam mana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambik pekerja macam tu? Sikit-sikit letak kat socmed," katanya lagi.
Dalam hantaran tersebut, Nurul Hidayah turut mengulas isu pensyarah berkenaan yang dikatakan menghiina pelajar daripada kalangan B40.
"Pendapat saya, pensyarah itu tak menghiina B40 pun. Saya berpendapat, dia kata macam tu sebab beyond (terlampau) kecewa. Terlalu kecewa.
"Ramai saja orang B40 yang berjaya. Ramai saja orang mak pak yang meninggal masa kecil, masa belajar dan berjaya. Dan ramai juga yang buat part time kerja untuk beli laptop.
"Ramai saja yang boleh bantu belikan laptop (seperti) NGO, wakil-wakil kerajaan, Adun, wakil rakyat. Hendak seribu daya. Itu maksud pensyarah tu sebenarnya.
"Yang penting utamakan yang utama dan kesungguhan kita untuk mencapai apa yang kita mahukan," tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen pada hantaran Nurul Hidayah, rata-ratanya memberikan reaksi yang pelbagai, di mana sebahagiannya menyokong pandangan tersebut.
"Profesor tersebut adalah pensyarah waktu kami study UiTM. Pada saya, dia tegur sebab dia sayang. Beliau seorang pensyarah yang bagus, time mengajar dia memang strict tapi dia suka je buat lawak. Saya pun dari B40, nak seribu daya tak nak seribu dalih," komen @normah_hayati.
"Saya kerja part-time sejak sekolah rendah sebab sedar diri anak orang miskin, papa kedana dan perlu duit untuk beli buku dan lain-lain. Jadi saya faham bila lecturer marah sebab student pun macam tak ada effort langsung nak dapatkan laptop second-hand," tulis @gjalulaby.
Bagaimanapun terdapat juga segelintir netizen yang menyifatkan tindakan pensyarah berkenaan sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima.
Sumber : mStar Online