Shuib Sepahtu lamar adik Heliza Helmi?

encik gotenks
1 minute read
0

 


Mengakui terkejut mendengar gosip berkenaan, Hazwani atau nama sebenar Nur Hazwani Afiqah Helmi, 25, berkata khabar angin itu adalah tidak benar.


"Terkejut macam mana wujud gosip itu... memang tak benar sama sekali. Rasanya Shuib pun terkejut agaknya sebab kami memang tak pernah berjumpa, tak pernah berhubung dan tak pernah ada urusan.


"Semasa saya dapat tahu berita ini saya baru balik kelas, ada orang tag di Instagram... tertanya bila masa pula kena kaitkan dengan Shuib ni? Terkejut tapi tak ada la ambil masa lama sangat sebab tahu benda ni tak betul.


"Saya hanya kenal dia sebagai pelawak dan artis sahaja, tak kenal secara peribadi," katanya kepada mStar.


Hazwani ditemui semasa pelancaran filem Road To Heaven yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa.


Menerusi laporan media pada Januari lalu, nama Hazwani tiba-tiba menjadi sebutan netizen apabila dikatakan sedang mengenali bapa tunggal anak empat itu.


Tampil menafikan gosip berkenaan, Shuib mengakui terkejut apabila mengetahui khabar angin tersebut dan memberitahu tidak mengenali Hazwani secara peribadi.


"Saya tidak pernah berjumpanya (Hazwani). Jadi, macam mana pula kami boleh dikaitkan?" komen Shuib.


Sementara itu, Hazwani yang juga merupakan aktivis kemanusiaan ini meminta netizen menapis terlebih dahulu sebarang berita yang diterima di media sosial.


"Tak tahulah orang reka ke apa cerita itu... zaman sekarang ni apa-apa gosip kena tapis dulu.


"Perjalanan saya pun jauh lagi, sekarang ni pun tengah sibuk dengan pengajian sarjana muda. Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua pihak," ujar penuntut bidang psikologi di sebuah universiti awam ini.


Sumber : mStaR Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top