Sudah menjadi kelaziman anak-anak muda sekarang ini yang berlumba-lumba ingin memiliki kereta idaman walaupun bekerja tak sampai setahun.
Masakan tidak, bila mempunyai kereta dan bila pulang ke kampung, saham kita tiba-tiba melonjak tinggi, kononnya kita seorang anak muda berjaya.
Sebenarnya tak salah membeli dan memiliki kereta kerana ianya satu keperluan juga. Namun yang menjadi persoalan disini, ada yang baru habis universiti dapat kerja kurang setahun sudah mula berkira-kira untuk memiliki kereta import.
Berikut adalah perkongsian yang dipetik dari saudara Amir Syahir.
Kenapa perlu kereta baru dan mewah sedangkan kereta terpakai pun mampu sampai ke tempat yang nak dituju?Tak boleh ke beli kereta secara tunai tanpa perlu berhutang?
Pernah tak korang terfikir macam mana korang nak survive dengan hutang kereta, kos minyak lagi, makan dan sewa rumah. Kalau semua tu cukup-cukup je, macam mana nak saving? Hmm menyesal tak? Haha
Pelaburan 9 tahun yang tak menguntungkan
Sanggup ke korang berhutang RM600 sebulan selama 9 tahun dan lepas tu tak dapat apa-apa pun kecuali besi buruk? DSR (Debt Service Ratio) dah barai. Pembiayaan perumahan pun tak mampu nak buat disebabkan hutang kereta tadi. Jadi, korang kenalah tunggu selepas habis bayar kereta selama 9 tahun.
Lepastu, barulah nak kumpul duit deposit untuk beli rumah. Tengok-tengok harga rumah masa tu dah tak masuk akal. Mesti rasa menyesal kan?
Cara mudah untuk beli kereta secara cash
Sebelum nak beli kereta, korang mesti dah ada bajet berapa korang boleh bayar ansuran bulanan, kan?
Katakan, korang buat kira-kira. Lepas tu mampu bayar dalam RM600 sebulan dan campur kos berkaitan seperti minyak kereta, kos parking, tol, servis. Jumlahnya mungkin dalam RM1,000.
Kalau korang kumpul RM1,000 dalam Tabung Haji selama 2 tahun dengan dividen 6.3%, korang akan dapat RM25,500. Dan jika disimpan dalam ASB dividen dengan 7.25%, kau orang akan dapat RM25,800.
So dah ada simpanan RM25,000++ tu, beli la kereta terpakai secara tunai. Banyak je kereta terpakai yang masih elok. Korang cuma kena pandai cari yang betul-betul je.
Rumah dapat, kereta pun dapat
Korang hanya perlu berkorban dalam tempoh 2-3 tahun tanpa kereta. Orang kata bersusah-susah dahulu. Jadi takpe lah kan daripada nak menanggung hutang selama 9 tahun sampai tak boleh nak beli rumah.
Tapi ramai yang memilih jalan untuk bayar ansuran kereta RM600 sebulan, bergelut kerja tetapi menyewa rumah. Daripada membayar ansuran bulanan apartment yang bernilai RM120,000 sebanyak RM600 sebulan.
Kemudian, sewakan per bilik (3 bilik) RM400+RM300+RM300 = RM1000. Korang siap dapat untung lagi RM400!
So untung yang RM400 tu korang boleh saving untuk beli kereta secara cash nanti. Rumah dapat, kereta pun dapat!
Dipetik dari blog maukerja