Berlaku trend peningkatan kematian dan jangkitan bagi mereka yang tidak menerima suntikan vaksin C0VID-19 dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Data yang dikongsi Khairy menunjukkan, kematian dan jangkitan bagi per 100,000 populasi penduduk yang menerima vaksin penuh, tetapi tidak menerima suntikan dos penggalak meningkat dari segi kematlan dan jangkltan dalam tempoh 1 Januari hingga semalam.
Malah, jumlah kematlan dan jangkltan bagi individu tidak divaksin juga jauh meninggalkan individu yang divaksin dan sudah mengambil dos penggalak.
Segenap kumpulan umur dewasa dan remaja berusia 12 tahun ke atas mencatat peningkatan kematlan bagi kategori yang tidak menerima dos penggalak dengan kumpulan berusia 80 tahun ke atas mencatat 140 kematlan per 100,000 penduduk.
Begitu juga, kumpulan usia 70 hingga 79 tahun dengan lebih 40:100,000 kematian dan kumpulan 60 hingga 69 tahun hampir 20: 100,000 kematlan.
Dalam jangkitan kes pula, jangkiitan hampir menyamai individu yang tidak divaksin bagi kumpulan berusia 80 tahun ke atas, iaitu 120:100,00 kes.
Begitu juga kumpulan 70 hingga 79 tahun, lebih 80:100,00 kes.
Sehubungan itu, Khairy meminta orang ramai supaya mendapatkan suntiikan dos penggalak dengan segera kerana ia berkesan untuk menghadapi gelombang varian 0micron.
"Keberkesanan booster (dos penggalak) menghadapi gelombang Omicron. Ia memberi perlindungan yang terbaik daripada kemaatian dan gejala serius C0VID-19.
"Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di FB (Facebook). Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak," katanya di laman Twitternya hari ini.
Sumber : Berita Harian