Adakah saya terlalu memilih? Ada mana-mana ibu bapa yang mahu anaknya bercinta dengan saya?, kata Luna Maya

encik gotenks
0

 




“Kami bercinta dalam tempoh masa yang panjang. Banyak sejarah antara kami. Pernah ada rasa marah dan menyimpan dendam padanya.


“Sekarang kami dalam fasa hubungan yang baik. Kami selalu berbual dan bertanya khabar,” kata Luna.


Dalam masa sama, Luna juga tidak menolak jika terbit semula rasa cinta atau jodoh menemukan mereka nanti.

“Saya tidak tahu soal jodoh. Dahulu saya pernah katakan tidak mahu bersama Ariel kerana terlalu marah.



“Untuk kembali bersama mestilah kedua-duanya setuju. Kami belum ke arah itu,” jelasnya.


Bercakap tentang kisah cinta sebelum ini, Luna memberitahu dia sering salahkan diri sendiri apabila hubungan yang terjalin tidak bertahan lama.


"Adakah saya terlalu memilih? Ada mana-mana ibu bapa yang mahu anaknya bercinta dengan saya?

"Apabila difikirkan semula, saya anggap tiada jodoh. Bukan salah saya, bukan salah pasangan atau ibu bapanya.





"Saya tidak kisah jika orang bertanya. Tidak semestinya perlu ikut cakap orang.


"Jika bercinta saya lebih senang kenal dahulu. Lebih elok hubungan tidak menjadi ketika bercinta dari berpisah selepas berkahwin,”ujarnya. -KOMPAS


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top