Teman lelaki terlalu kacak, bimbang digoda ketika bekerja, wanita ini tidak kisah 'video call' sepanjang 12 jam tanpa henti

encik gotenks
0

 


Bila sudah mencintai dan menyayangi pasangan kita, kita pasti sanggup buat apa saja demi memastikan hubungan berkekalan hingga selamanya.


Baru-baru ini viral sekeping video di media sosial yang memaparkan seorang wanita yang sanggup membuat video call sepanjang 12 jam waktu kerja syif demi menjaga hubungan dengan teman lelakinya.


Namun bagi sesetengah pihak, apa yang dilakukan olehnya dianggap melampau dan tidak masuk akal.



Menurut wanita ini, dia akan membuat panggilan video FaceTime dengan teman lelakinya selama 12 jam, sepanjang syif kerja buah hatinya itu.


Menggelarkan dirinya sebagai @flackoandnela, wanita itu berkata dia tidak percaya dengan rakan sekerja teman lelakinya.


"Dia perlu buat panggilan video bersama saya selama 12 jam sebab saya tak percaya wanita di tempat kerjanya," ujar wanita itu.



Malah, dia turut berkongsi mengenai tindakannya itu menerusi aplikasi TiKTok.


Dalam pada itu, wanita berkenaan turut dikecam atas tindakannya yang dianggap melampau.


Malah, ramai netizen memberi cadangan agar dia memberi ruang untuk teman lelakinya bekerja dengan tenang. - Daily Star


Kredit : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top