Ain Husniza Saiful Nizam dan bapanya akan memfailkan saman balas terhadap seorang guru yang menyaman mereka, susulan hantaran TikTok pelajar tingkatan lima itu mengenai dakwaan jenaka r0g0I.
Mereka juga merancang untuk turut membawa menteri pendidikan, pengarah jabatan pendidikan Selangor serta pengetua sekolah atas dakwaan gagal melindungi Ain daripada insiiden itu.
Guru bernama Khairul Nizam Sanuddin dilaporkan memfailkan saman fiitnah terhadap Ain dan bapanya, Saiful Nizam, 42, pada Jumaat lalu.
Peguam dua beranak itu, SN Nair hri ini mengesahkan yang mereka kan memfailkan tindakan undang-undang terhadap guru dan beberapa pihak lain.
"Guru tersebut masih bekerja di bawah kerajaan, jadi sebarang (dakwaan) kesalahan yang dia lakukan, kerajaan bertanggungjawab atas dasar liabiliti vikaarius.
"Insiiden (didakwa) berlaku ketika pengetua ada. Pengetua patut menyiasat dan mengendalikannya, itu adalah tugasnya," katanya ketika dihubungi.
Nair juga berkata Ain dan bapanya berhasrat memfailkan saman terhadap guru itu dan pihak lain atas (dakwaan) sengaja mengakibatkan tekaanan emosi (tort of intentionally inflicting emotional distress atau IIED).
Dia berkata, IIED secara asasnya adalah satu bentuk tort pengabaian di mana tindakan defendan menyebabkan seseorang mengalami tekanan emosi.
Berkenan saman fiitnah yang difailkan guru tersebut, Nair berkata Ain dan bapanya akan diwakili peguam ke Mhkamah Sesyen Shah Alam, sebelum memfailkan pernyataan pembelaan.
Pada 24 April lalu, Ain memuat naik video di TikTok di mana dia mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka berkenaan r0g0I ketika sesi pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan, yang mencetuskan kemarahan di media sosial.
Sementara ramai yang menyuarakan sokongan terhadap Ain, ada juga yang membuat kriitikan dan ancaaman, termasuk ancaaman r0g0I oleh seorang pelajar di kelasnya. Pelajar itu kemudian memohon maaf atas perkara itu.
Khairul Nizam mengemukakan saaman atas tiga video TikTok, tiga hantaran Twitter dan beberapa kenyataan lain yang dianggapnya fiitnah di antara 23 April dan 26 Jun lalu.
Antara kenyataan yang dianggap plaintif bersifat fitnah oleh Saiful Nizam ialah mesej dalam kumpulan WhatsApp dan Facebook selain beberapa temu bual media.
Sumber : MaIaysiakini