“Anak sudah tiga hari tidak makan,” - Ramai kecam akak bawa keluar ketuhar dari Mydin, ini cerita sebenar yang ramai tidak tahu

encik gotenks
0

 


Beberapa hari yang lalu , viral beberapa video yang memaparkan kejadian pecah kedai Mydin Mart dan kedai serbaneka lain di Taman Sri Muda.


Ia termasuk perbuatan wanita dipercayai terlibat membawa kotak ketuhar bersama seorang lelaki yang dikecam pelbagai pihak.


Mungkin ramai yang beranggapan wanita berkenaan mengambil ketuhar (oven) dalam situasi darurat itu. Namun ia tidak seperti yang disangkakan.


Menerusi paparan video berdurasi satu minit 16 saat yang dikongsikan di laman sosial Twitter, wanita itu menjelaskan bahawa dia menggunakan kotak ketuhar berkenaan untuk untuk mengisi makanan yang ingin dibawa pulang.


“Kotaknya sahaja kotak oven, di dalamnya bukan oven. Saya ambil untuk letakkan biskut, letak sardin.


“Bukannya oven dalam dia. Kalau saya ambil oven pun apa gunanya. Di rumah anak saya lapar, buat apa saya bawa balik oven.


“Anak sudah tiga hari tidak makan,” jelasnya yang telah ke pasar raya berkenaan ketika hari kedua banjir.


Wanita itu yang dikatakan sudahpun membuat laporan polis telah memohon maaf kerana menyebabkan ramai salah sangka dengan tindakannya.


Berikut beberapa komen yang diambil dari netizen, rata-rata netizen terima balik penjelasan dari wanita tersebut.Sebab itulah kena dengar cerita dari kedua-dua belah pihak, tulis seorang warga twitter.





ya betul. tengah dalam waktu terdesak ni tunggu2 la nak hukum bagai. kita yang beruntung tak kena, simpan sikit judgement. 

bukan kita yang merasa susah, komen netizen yang lain pula.


Sumber : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top