Penyanyi Ezlynn, 39, menerima banyak respon daripada golongan wanita berkenaan kenyataannya yang mahu mencari madu (isteri) buat suaminya, Wan Hafizam.
Ezlyn berkata, ramai yang menawarkan diri dan perkara ini sesuatu yang positif.
"Buat masa ini saya tak nak berkongsi lanjut lagi, namun tak dinafikan ramai yang DM (mesej terus) di Instagram saya. Saya akan terus buka peluang kepada mereka yang berminat. Sampai bila itu saya pun tak pasti, tapi mungkin sampai jumpa yang betul-betul sesuai. Suami pun bersetuju dengan keputusan ini kerana ia satu langkah terbaik," katanya.
Untuk rekod, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin mengejutkan peminatnya apabila tampil memberitahu hasrat itu, baru-baru ini.
Keputusan itu dibuat kerana dia terlalu menyintai suaminya selain mahu mencari 'saham akhirat'.
Ezlynn berkata, mereka mengangkat sunnah Rasullullah SAW dan dia amat mementingkan kebahagiaan suaminya.
Sumber : Harian Metro