Jika bulan lepas ramai yang mengeluh apabila harga bahan mentah seperti ayam, ikan dan daging serta telur meningkat naik mendadak.
Kini boleh diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga, harga sayuran juga tidak mahu kalah, ada yang mendakwa harga terbaru sayur yang dijual naik sehingga 200% kenaikan.
Menurut Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur, kenaikan tersebut akan terus meningkat sehingga selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina nanti.
Ujar presidennya, Wong Keng Fatt, punca kenaikannya adalah disebabkan;
1. Peralihan Monsun Timur Laut.
2. Berlakunya bencana banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands dan kawasan tanaman sayur sekitarnya yang menjejaskan hasil dan bekalan.
3. Harga beberapa jenis sayur seperti kubis bunga, kacang panjang serta cili mengalami peningkatan sehingga 200% sejak dua minggu lalu.
4. Kekurangan bekalan dan tenaga kerja.
5. Pembekal di Cameron Highlands memaklumkan mengenai beberapa masalah yang dihadapi seperti bencana banjir, tanah runtuh dan kekurangan tenaga kerja.
Manakala Presiden Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands, Chai Kok Lim pula berkata ia juga disebabkan;
1. Sekatan global akibat pandemik Covid-19 memberi kesan teruk terhadap bekalan sayur-sayuran.
2. Harga sayur dipengaruhi oleh permintaan dan bekalan. Sayur seperti cili agak mahal kerana ia bermusim dan bergantung kepada faktor import.
3. Kos pengangkutan yang meningkat turut menyebabkan pembekal tiada pilihan kecuali menaikkan harga barang.
Isu kenaikan harga sayur-sayuran dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini. Ia menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyiasat perkara itu kerana dikhuatiri pembekal meIanggar Akta Anti-Percatutan.
Sumber : Sinar Plus