Pelajar tahun satu UiTM Shah Alam cipta sejarah jadi calon termuda dalam PRN Melaka

encik gotenks
0

 


Walaupun baru sahaja memulakan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, Farzana Hayani Mohd Nasir telah terpilih menjadi calon paling muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Mahasiswa UiTM Shah Alam yang juga pemegang Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Kampus Rembau itu berkata, dia bersedia membantu komuniti di Melaka, terumanya di kawasan yang ditandinginya.

“Saya tidak pernah terfikir akan dipilih sebagai calon, tetapi saya sangat bersedia untuk membantu rakyat dan masyarakat di Melaka,” katanya ketika di temu bual di Bernama TV.



Pada usia 21 tahun, Farzana Hayani yang juga merupakan Ketua Srikandi Keadilan Melaka, berkata, dia akan memberi perhatian serius untuk menambah baik capaian internet bagi memudahkan pendidikan dan menggalakkan lebih ramai orang menceburi bidang keusahawanan dalam talian.


Farzana Hayani turut menegaskan sebagai seorang pelajar, dia sendiri telah merasai kesukaran akibat gangguan akses internet.



“Sebagai seorang pelajar, saya amat mementingkan capaian internet. Melalui pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang belajar di rumah, ia (akses internet) amat penting buat keluarga yang ada anak bersekolah, khususnya di kawasan Sungai Rambai.


“Saya juga yakin lebih ramai orang akan terlibat dalam program keusahawanan,” katanya.

Sumber : sinar harian

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top