Netizen terkesima lihat penampilan hijab gumpalan kain versi Aina Abdul

encik gotenks
0

 



Penampilan penyanyi lagu Sumpah, Aina Abdul sekali lagi mencuri tumpuan ramai netizen dan pengikut industri seni tanah air apabila hadir dengan fesyen pelik pada sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34), yang berlangsung pada malam, hari ini.


Tampil dengan busana serba hitam, Aina yang dikenali dengan imej muslimah menampilkan gaya hijab unik membentuk gumpalan kain.


Busana rekaan Behati itu dianggap melawan arus kebiasaan, namun tidak dinafikan benar-benar unik dan sesuai dengan Aina yang cukup dikenali sebagai penyanyi yang berani dalam meneroka fesyen.


Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen di ruangan komen gambar yang dimuat naik ke Instagram Berita Harian itu.


Kurang daripada satu jam, gambar itu menerima lebih 6,000 tanda 'like' di samping hampir 800 komen daripada netizen.



Selain Aina, turut melalui sesi karpet merah adalah beberapa artis popular tanah air antaranya, Izzue Islam, DJ Lin, Man Kidal, Wani Kayrie dan ramai lagi.

Penyanyi, Aina Abdul yang tampil dengan busana serba hitam pada sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) menjelaskan rekaan pereka Behati itu adalah kesinambungan kepada jalan cerita single baru yang diterbitkannya berjudul Aina Abdul.


Menurut Aina, rekaan busana itu adalah simbolik kepada bentuk bunga mawar yang mana turut menjadi simbolik untuk single barunya itu.


"Konsep ini adalah kesinambungan jalan cerita dalam Aina Abdul yang baru sahaja dilancarkan. Inspirasinya adalah daripada mawar merah.


"Namun, malam ini, saya ingin tampilkan mawar hitam dan ia adalah simbolik daripada fesyen yang saya dah lama nak ketengahkan," katanya.


Ditanya mengenai kritikan di media sosial sejak awal malam tadi, Aina memilih untuk tidak membaca sebarang kritikan dan terus mengikut kata hatinya dalam menata gaya.



"Saya kurang baca kritikan dan sebab itulah saya rasa saya boleh bertahan. Kalau saya baca, saya takkan boleh tahan.


"Saya buat apa yang hati saya rasa betul dan saya nak setiap penampilan saya ada impak. Tapi, kritikan pun sebenarnya adalah publisiti yang bagus," katanya.


Aina dan rakan kolaborasinya, Khai Bahar diumumkan sebagai pemenang anugerah kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular sebentar tadi.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top