Masih terlalu muda, Haqiem Rusli belum sedia nak timang anak lagi

encik gotenks
0

 




Seperti yang kita sedia maklum, jumaat yang lalu Haqiem Rusli dengan secara rasminya menjadi suami kepada Anis Sofea. Melalui satu temubual yang dimuat naik di tiktok Ayzayyn, penyanyi terkenal itu berkata dia dan isterinya masih belum sedia lagi untuk menimang cahaya mata.

Haqiem berkata mereka ada berbincang mengenai perkara itu dan isterinya belum bersedia memandangkan baru sahaja berusia 19 tahun.


“Bila bincang pasal anak ni, kami tak ready lagi sebab Sofea sekarang umur baru 19 tahun dan saya pun baru 23 tahun,” katanya.


Jawapan Haqiem itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji perancangan penyanyi itu apatah lagi berkahwin di usia muda.



Dalam pada itu, ramai mendoakan agar perkahwinan pasangan itu kekal hingga ke akhir hayat serta mengatakan apa yang lebih penting menghalalkan hubungan terlebih dahulu.

Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top