Luar biasa... Vida cuma hantar Cik B balas lagu Iqbal

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini, usahawan sensasi tapi penuh kontroversi, Iqbal melancarkan single pertamanya yang berjudul 'hujan', walau ramai yang mengecam dan membayangkan tidak mendapat sambutan namun apa yang terjadi sebaliknya, baru 4 hari dilancarkan lagu tersebut sudah mendapat 1.5 juta tontonan di platform youtube.


Melihatkan kejayaan bekas pembantu peribadinya itu, Vida tidak menoleh kebelakang dan membalas semula lagu yang ditujukan oleh bekas kekasihnya itu.


Tidak mahu lagi terbabit dalam industri muzik, Vida berkata anak perempuannya, Cik B yang akan membalas lagu Iqbal itu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


"Cik B tengah buat lagu, akan datang dia balas... saya tak nak masuk gelanggang dah sebab kita dah international level, bagi Cik B dulu la.

"Saya hantar dia je, saya tengok belakang tabir sahaja. Semua Cik B buat, dia tengah tulis lagu dan akan dilancarkan secepat mungkin... luar biasa!


"Semestinya lagu tentang DSV la... kisah DSV yang gersang. Gersang tu secara umum, siapa nak tahu kena subscribe YouTube Cik B,” katanya.


Vida memaklumkan mengenai perkara itu menerusi siaran langsung bersama Nur Sajat menerusi Instagram pada Khamis.


Untuk rekod, Vida sebelum ini pernah muncul dengan dua buah lagu berjudul I Am Me dan Lavida Raya.




Mengulas mengenai lagu berkenaan, Vida mengakui tidak sanggup menghabiskan tontonan video muzik itu dan menyifatkan bekas pembantu peribadinya itu seorang yang gilakan populariti hingga tergamak menjadikan ‘kisah kahwin tak jadi’ sebagai sebahagian jalan cerita dalam MV lagu itu.


"Saya akui sentap apabila orang samakan jalan cerita dalam MV itu dengan kisah kami... try hard yang memualkan! Dia memang lapar populariti, buat apa sahaja kerana nak capai impian untuk popular.


"Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis... dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh temberang dan pembohongan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai," katanya.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top