Pemilik akaun Twitter 'Lord Pretty' yang mendakwa anggota polis menaiki kereta peronda polis (MPV) melakukan gangguan seksual terhadapnya diminta tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner MohamadFakhrudin Abdul Hamid berkata, ciapan Twitter di akaun @qhaishaaantsha itu tular semalam mendakwa anggota polis terbabit melakukan ganggguan seeksuaI terhadapnya.
Menurutnya, gambar kereta peronda polis Honda Civic yang dimuatnaik disahkan adalah kereta peronda polis milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
"Berikutan itu, siasatan terperinci akan jalankan untuk mengesahkan kesahihan dakwaan itu.
"Pihak polis meminta pemilik akaun Twitter itu untuk tampil membuat laporan polis dan keterangan beliau dapat diambil bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya wujud salah laku seperti yang didakwa.
"Polis tidak akan sesekali berkompromi dalam apa jua isu berhubung kait dengan pelIanggaran undang-undang membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di IPD Petaling Jaya.
"Sehubungan itu, masyarakat diminta untuk tampil membuat pengaduan ke balai polis yang berhampiran sekiranya berlaku salah laku dan perlanggaran undang-undang yang membabitkan anggota polis," katanya.
Berikut adalah reaksi netizen di ...
Sumber : Harian Metro