Drama berepisod melibatkan cinta bersegi-segi pelawak Shuk Sahar dan isterinya masih belum mencapai tahap kImaksnya lagi. Baru-baru ini viral di media sosial apabila netizen mendakwa terlihat kelibat seseorang yang didakwa Shuk bersama kekasih gelapnya, kali ini dia menerima mesej didakwa daripada jiran skandal Shuk.
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh portal hiburan rotikaya, Rossa Sera mendakwa menerima mesej dari jiran-jiran skandal suaminya yang mendakwa wanita itu menjerit-jerit seakan bergaduh sehingga didengari penghuni yang berada satu aras dengan rumahnya.
ada individu mendakwa jiran skandal Shuk tertekan mendengar wanita itu terjerit-jerit mengamuk tidak tentu masa. Dakwanya lagi, dia turut mendengar wanita itu menjerut nama Shuk dan Sera.
Lebih parah, jiran mendakwa skandal Shuk membuat bising sehingga pengawal keselamatan terpaksa naik ke tingkat atas.
Dalam satu perkongsian lain, seorang individu memaklumkan teman wanita pelawak itu sudah berani menukar profil gambar berdua walaupun selebriti masih bergelar suami orang.
Sejak minggu lalu, Shuk masih mendiamkan diri berikutan pendedahan isterinya apabila ada individu mendakwa ternampak pelawak itu dengan skandalnya.
Untuk rekod anda juga, Sera mendedahkan sudah sebulan dia tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan dalam proses untuk menfailkan cerai.
Sumber artikel : ROTIKAYA