Buat kerja tak ikhlas, Rita Rudaini bengang dengan penghantar makanan

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini pelakon cantik Rita Rudaini ada meluahkan rasa tidak puas hatinya di media sosial dengan sikap penghantar makan yang melakukan kerja sambil lewa.

Pelakon ini meluahkan rasa geram terhadap penghantar makanan yang membiarkan bungkusan berisi air yang dipesan, bocor dan dibiarkan begitu saja menitik di depan rumah tanpa memberitahunya.


Aku memang sangat marah dengan perangai manusia macam ni.. Dah pecah dah bocor sekurang-kurangnya, kau bagitahu lah.. Ni kau boleh blah je..


Menjijih air milo sampai ke depan sana kau bawa, dengan bocor pastu kau letak je tinggal je macam tu.. Yang kau bawa ni rezeki orang ye..


Dan kau pun cari rezeki… Tapi cara kau cari rezeki dengan cara tidak jujur dengan rezeki kau sendiri dan rezeki orang!” Luah Rita


Rita berasa kesal kerana penghantar makanan seolah-olah tidak ikhlas membuat kerja, apatah lagi banyak air minuman tumpah hingga ke lantai rumah.


“Kepada penghantar rezeki orang pagi Jumaat ni…


Kau tak ikhlas dengan kerja kau dan sebab tu, kau tak boleh nak jaga rezeki orang lain!


Dah jadi satu kerja aku nak basuh lantai depan rumah dengan air milo yang tumpah tinggal plastik je..


Orang macam ni memang tak pernah ikhlas dengan sendiri-sendiri… Apatah lagi dengan orang lain!” Luahnya lagi

Sumber : murai.my

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top