Baby Shima akui dialah wanita yang viral di kelab malam

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Baby Shima ada meluahkan rasa terkilan di media sosial dia dibenci ramai netizen walaupun dia sebenarnya tidak pernah kacau orang.


Namun sehari dua selepas pengakuan tersebut, viral sekeping gambar yang dikatakan milik Baby Shima sedang berhibur di kelab malam.


Tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit, Baby Shima tampil mengakui dialah wanita dalam gambar tersebut seperti yang dilaporkan harian metro.


"Saya akui itu memang saya. Namun, saya minta maaf kerana tak dapat mengulas lanjut," kata Baby Shima mengenai gambar dipercayai miripnya bersama seorang lelaki di pusat hiburan di ibu kota yang tular.


Menerusi foto yang tersebar, penyanyi yang popular dengan lagu Pura-Pura Bujang ini sedang bermesra dengan seorang lelaki.


Gambar itu juga memperlihatkan Shima seperti sedang mencium lelaki terbabit yang sedang memegang gelas minuman.



Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 28, ketika dihubungi berkata, dia mengakui terkejut apabila ada pihak merakam gambarnya, namun enggan menjelaskan siapa lelaki terbabit.


"Tak perlulah saya beritahu siapa lelaki itu. Untuk apa kerana tiada kepentingan pun untuk diberitahu. Yang penting segala perbuatan saya bukan babitkan orang lain dan bukan ganggu orang lain. Saya tak kacau orang.



"Saya juga tak pernah terlintas nak cetuskan kontroversi. Saya hanya buat kerja sebagai penghibur dan netizen yang memandangnya dari sudut lain," katanya.



Menurutnya, di dunia realiti dia tetap seperti orang lain yang mempunyai perasaan.


"Namun saya akui kadang-kadang sedih kerana kecaman yang diterima agak keterlaluan sehingga membabitkan dosa dan pahala," katanya.


Terdahulu, Shima mendedahkan ramai membenci dirinya yang sama sekali tidak mengetahui sebab dan punca sehingga membuatkan dirinya tertekan.


Menurutnya, dia tidak pernah mengganggu, malah jauh sekali menyusahkan kehidupan orang lain. Sementara itu, menerusi hantaran terbaru Instagramnya, dia memuat naik gambar ubat penenang yang diambilnya bertujuan menenangkan diri dari kekusutan.


Kredit : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top