Aku nak melalak, mengaum, mengembek ke, aku tak pergi merayau rumah orang, nasihat Rita Rudaini

encik gotenks
0

 


Rita Rudaini, seorang selebriti yang gemar berkongsi isu-isu semasa di media sosialnya. Namun pelakon terkenal ini acapkali jadi perhatian netizen malah lagi teruk beliau sering dikecam.


Menerusi laporan dari kosmo, Rita Rudaini atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar berkata, tindakannya berkongsi rasa tidak puas hati dalam media sosial adalah bersifat peribadi dan bukannya melibatkan orang lain.

Tambah pelakon Mami Jarum ini lagi, kebanyakan perkara yang dikongsi berlaku di sekeliling hidupnya, terutama di kediamannya.


“Aku kongsi informasi aku sahaja. Aku nak melalak, mengaum, mengembek ke, aku tak pergi melewaq (merayau) rumah orang.



“Jadi, siapa yang banyak masa? Ludah atas muka sendiri nampak. Lalat kacuk,” katanya menerusi beberapa entri dalam InstaStory.


Rita, 45, memaklumkan tanpa menyebut sebarang nama spesifik, masa mengutuk dan mencaci orang, tiada usaha untuk mencermin khilaf diri sendiri.


“Masa mengutuk, mengeji dan mengecam orang lupa nak cermin muka sendiri. Apabila kena batang hidung, kata orang meroyan dan menyalak.



“Lalat-lalat kacuk yang tak boleh terima kebenaran, beginilah. Oh silap, sebelum ini lalat-lalat berzikir dan bermunajatlah, bukan mengecam,” ujarnya penuh sarkastik.


Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia tidak kisah sekiranya sudah tiada orang yang meminatinya disebabkan kelantangan dirinya bersuara dalam media sosial.


“Orang tak minat? Ada aku kisah orang minat aku atau tidak? Kau ingat aku hidup ini untuk kau minat ke? Tak mati dek keji, tak hidup dek puji,” katanya.

Sumber : kosmo Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top