ISU SEMASA

Keputusan kerajaan PN tutup sekolah tanpa peduli nasib pengusaha kantin, kata Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang itu berkata, tindakan Kementerian Pendidikan itu dikhuatiri menyebabkan mereka terpaksa gulung tikar akibat tidak mampu menanggung beban kos operasi harian.

Beliau kecewa dengan keputusan tergesa-gesa kementerian tersebut kerana diambil tanpa mengambil kira nasib pengusaha kantin.

”Saya tuntut penjelasan dan tindakan segera dari kerajaan, terutamanya Menteri Pendidikan berhubung isu ini.

”Saya nasihatkan kerajaan untuk fikir dan teliti setiap aspek sebelum membuat keputusan yang akan mengesankan rakyat terbanyak, terutamanya ketika zaman getir seperti hari ini,” katanya sambil mendesak kerajaan untuk pertimbangkan cadangan memberi geran bantuan dan lanjutkan kontrak perkhidmatan mereka.

Pada Isnin lalu, Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengumumkan penutupan semula sekolah di seluruh negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri.

Arahan itu merangkumi lebih 5 juta orang murid dan pelajar serta lebih 500,000 orang guru, pensyarah dan warga KPM. – MalaysiaGazette